Pages

Labels

Thursday, May 04, 2006

Terlanjur Pada Cinta

Aku lihat kau agak rapat. Dengan dia.

Tak ada apa. Cuma dia sahaja yang aku ada. Yang memahami. Yang penting saja aku rebus.

Aku?

Kau pun memahami. Tetapi jarak dan komunikasi yang sukar membuatkan kita tidak mungkin mampu menghabiskan sebanyak masa dalam sehari. Hanya utusan mesej ringkas dari mobile. Hanya bertemankan YM untuk 20 minit yang berteduh untuk sebulan sekali. Mungkinkah?

Aku akur. Yang lain?

Siapa? Teman sekolah? Rakan melayu?

Ya. Aku angguk ni.

(Gelak). Ada saja. Teman sekolah lain bangsa dan agama. Sukar ada kesefahaman. Bukan bergaduh, cuma kurang serasi. Rakan melayu? Kaum lelaki 5 orang dan perempuan aku seorang. Bagaimana? Kau bilang aku harus berlepak dengan mereka?

(Gelak). Takdalah sampai macam tu. Selain dari tu?

Ada, yang jauh-jauh. Tetapi sukar juga. Ukhuwah hanya manis di depan mata. Depan monitor semua busy dan masam juga. Nampak macam extra skema kalau berYM dengan mereka. Bukan, aku tak kata tak elok. Elok. Tetapi aku yang kurang selesa.

Semua kau nak sempurna. Mana ada orang sempurna.

Betul, tak ada. Bukan aku nak yang sempurna. Kau tak faham. Mereka tak faham aku. Mungkin aku yang tak cuba memahamkan mereka. Tetapi aku tak ada ruang untuk fahamkan sesiapa. Tak ada. Mereka baik, aku tak nafikan. Mereka manusia biasa, mana mungkin aku yang hanya saudara seIslam jarak jauh dan tak serapat mana berbanding sahabat mereka di sana hendak di layan dengan baik. Aku tak minta juga. Tapi aku terpaksa terima. Aku terpaksa keluar. Aku terpaksa cari jalan lain.

Kau tak nak cuba.

Aku tahu. Aku tak mampu nak mencuba sebab aku tak rasa ada sesiapa yang ingin memberi peluang. Jadi aku adalah aku sekarang ni.

Jalan apa tadi?

YM? MSN? ICQ? IM? Apa kau nak? Tokeikedai? Kedaikopi? Virtualfriend? Ukhwah? Raudhah?

Banyaknya. Mana-mana sajalah. Online kan?

Ya. Dia juga aku kenal dari situ.

Kau tahukan, dia ajnabi kau.

Aku tahu. Aku tahu. Aku tahu. Kalau aku kata sebab, kau akan kata ini cuma alasan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tapi cuba kau dengar dulu.

Baiklah.

Aku kenal dia berzaman. Cuma lihat dari jauh, online. Tahu dari nickname dia dalam forum. Sampai satu ketika, aku tertekan. Seorang-seorang sahabat di sisi pulang ke tanah air. Akhawat berhampiran semuanya lenyap dalam beberapa hari. Aku rasa sepi, sangat sepi. Aku agak hyper bila kejadian begini terjadi. Aku sedih, tapi aku ambil jalan mudah untuk hiburkan hati. Maka dia di situ, bertekak dengan aku. Aku lupa semuanya, tak sedih lagi. Dan itu titik permulaan dia bersahabat dengan aku.

Kau sepatutnya meminta dari-Nya.

Aku lemah, aku mengaku. Macam mana aku nak merasa kemanisan tanpa sesusuk tubuh pun ingin memberi kekuatan? Aku mencari kekuatan sendiri. Aku cari. Semuanya kehendak Allah. Jika cinta aku sesuci Rabiatul Adawiyah, tidak perlu lagi aku mencari kunci sepi yang mendiam dalam hati. Tak perlu lagi aku mencuci debu-debu sepi yang berhabuk dalam kediaman hati ini. Aku di uji. Dan aku di situ melalui. Seorang diri.

Kau dan dia? Terlanjur?

(Tarik nafas panjang). Ya. Aku yang terlanjur. Hati aku tewas. Aku jatuh hati.

Begitu.

Awalnya memang indah, indah sebab lupa. Lupa Tuhan. Lupa zina. Lupa maksiat. Walaupun hanya berYM, fitnah masih ada. Walaupun dari talian mobile, zina tetap ada. Aku lupa semua tu.

Bila kau sedar?

Satu hari, seminggu berturut-turut aku terima pelbagai emel, cerita lara mengenai kisah percintaan yang dayus. Kisah perempuan dan lelaki yang bercinta. Kisah peringatan. Macam-macam cereka yang mereka hidangkan untuk aku lantas bagai terhentak, aku tersedar. Semuanya silap. Silap. Aku salah langkah. Tuhan telah memberi aku jalan manis, tapi aku telah memilih jalan pahit. Kesudahannya aku tersepit. Dari mata turun ke hati. Andai mata melihat yang kotor, maka hodohlah sang hati. Begitu juga sebaliknya. Aku agak kerana mata aku sering membaca kata-kata manis darinya buatkan hati aku membuta-tuli, lupa Tuhan sekelip mata. Aku ambil jalan berterus-terang, tetapi dia tidak faham. Langsung. Gila.

Apa jadi?

Dia kata akan cuba, tapi tindakan zero. Jadi aku ambil jalan berdiam diri. Lari. Aku kurangkan komunikasi dengannya. Dia tak kata apa. Aku tak tahu perasaannya. Tapi aku tidak bertanya, biar dia layan sendiri. Selepas beberapa hari, dia kata sesuatu. "Biarlah kita menjadi seperti seorang sahabat baik, tak perlu lebih dari itu. Walau hakikatnya kita saling menyayangi, tapi biarkan ianya menjadi rahsia antara diri kita dan Allah sahaja. Sampai satu masa, jodoh akan menentukan." Jadi aku cuma bersahabat. Perasaan aku sudah kurang padanya. Bukan kerana aku ada orang lain (gelak), cuma aku percaya jodoh di tangan Tuhan. Aku bersahabat baik dengan dia, sebab dia yang memahami dan dia yang lebih bersemangat. Tidak ada yang sudi, tetapi dia.

Aku faham. Tapi masih ada aura-aura pergaulan bebas.

What do u expect me to do eyh? Bertapa di dalam bilik seorang diri? Kalau ada akhawat yang lain seperti dia, aku boleh palingkan. Tapi aku tak ada siapa. Kau kena faham. Biarlah dia pengubat sementara. Aku tak mainkan perasaan dia, dan aku tak mainkan perasaan aku. Aku tak kata benda ni baik. Cuma kadang-kadang, kekuatan aku ada pada dia. Kekuatan untuk lebih merasai manisnya cinta Allah. Itu lebih baik dari sesetengah insan yang lupa pada kesunyian insan lain. Dia hanya sahabat, percayalah. Aku sudah hilang rasa manis cinta pada manusia, ianya sangat rugi. Percayalah kawanku. Selagi batas syarak aku pegang, selagi itu hati ini takkan tersungkur dari cinta insan. Masih ada batas dari YM, sedikit. Tidak yang lain.

Baiklah, aku percaya. Jika sunyi, ada kitab-Nya untuk di lagukan dan di hayatkan. Dia lebih dekat dengan kau berbanding dia. Barangkali kekuatan itu juga kehendak-Nya. Dan Dia Maha Mengetahui pada setiap hikmah itu. Cuma jangan terlanjur lagi. Hati kita milik Allah, maka serahkannya pada Allah.

Afwan kawan.

No comments:

 

Blogger news

Blogroll