Macam mana life dekat sana? (UK)
Lebih kurang je dengan Malaysia, cuma bangsa dan agama yang berbeza.
Dari segi pakaian dan sikap, macam tak ada beza. Kalau di Malaysia orang pakai baju nampak pusat mudah di lihat, dekat sini lebih banyak. Jika di Malaysia ada orang pakai tudung tapi baju sendat nampak bodi, macamlah dekat sini takde orang bertopengkan Islam macam gitu juga.
Tetapi, orang sini berhemah. Kagum juga.
A'ah, orang memandu dengarnya sangat berhemah.
Sungguh, tak seteruk orang di Malaysia. Sikit-sikit tunjuk jari mencarut, silap sikit meragam. Yang perempuan bebel mulut bising, macam hebat sangat memandu. Kabut gila.
Haha!
Ada juga, tapi diorg tak tahu apakah itu akhlak. Malaysian Islam? Bodoh sangat ke sampai perkataan akhlak pun tak pandai-pandai? SPM boleh pula dapat 9A1.
Belajar tak masuk hati, normal bagi pelajar di Malaysia. Eh, seluruh negara kot.
Akur juga, ada yang pengotor. Tetapi, Eropah memang negara yang pengotor sejak dahulu lagi. Tetapi tidak Islam. Tak tahulah Malaysia macam mana. Iyalah, Malaysia dan Islam sekarang macam ada sempadan, tak boleh nak bersatu. Harap-harap tak bercerailah, kesian anak-anak Malaysia yang lain. Takda tempat nak mengadu nasib.
Malaysia macamlah bersih sangat.
Kalau Malaysia kotor, sini bergandalah lagi kotornya kot. Maksud kotor ni, orangnya pengotor. Tapi suka sangat cara diorg, tak kenal pun boleh bertanya khabar dan berborak panjang. Kalau di Malaysia, yang pakai rantai besar sampai leher tergantung tu pandang jijik dekat yang hanya berselipar dan lusuh bajunya.
Masalahnya dekat sana ada ke peminta sedekah?
Kurang, itulah tandanya kerajaan England sayangkan rakyatnya. Kalau anak-anak tak bersekolah, mak bapak kena tangkap berikan penjelasan sebab-sebab anak tak ke sekolah. Mahu cari nahas. Sebab tu hari biasa (weekdays) pelajar-pelajar sekolah tak berkeliaran di pagi hari, mahu kena kejar polis? Diorg pusing untuk periksa.
Ya ke? Menarik.
Tapi saya tetap sayangkan Malaysia walaupun saya menyampah juga. Nak buat macam mana, tanah air saya begitu. Kalau saya jadi perdana menteri, sudah tentulah rakyat saya hidup dengan aman dalam sebuah syurga khayalan. Haha! Tak mungkin terjadi, kerana saya pun tak kepingin nak jadi Perdana Menteri, besar tanggung jawab tu. Rakyat buat salah, saya juga kena tanggung dosa. Kalau tak rela, jangan menghadap risiko. Saya ada prinsip, berani cuba, beranilah tanggung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment