Pages

Labels

Tuesday, July 25, 2006

Cerpen: Masih Di Sini I

Masih Di Sini (Bab 1)
Oleh: Kay J

Dengan lemah dia menghayunkan kaki kirinya keluar dari bilik Mr Simon. Hari ini merupakan kali ke 5 sepanjang 6 bulan bersekolah dia di panggil oleh ketua guru bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki GCSE tahun ini iaitu pelajar-pelajar tahun 11. Minggu lepas sahaja dia telah di panggil sekali kerana tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut tanpa surat atau penyataan sebab-sebab ketidakhadirannya ke sekolah. Hampir setiap bulan ada sahaja kesalahan yang di lakukan. Prestasinya menurun sejak persekolahan sesi 2001/2002 di buka. Laporan yang di terima bagi ujian-ujian tertentu untuk setiap subjek juga tidak menambat mana-mana hati guru mata pelajarannya. Dia yang di kenali sebagai pelajar pintar ketika tahun 10 amat mengecewakan guru-guru tersebut.

“Mr Simon telefon ayah sebentar tadi. Mengapa?”

“Jika dia menelefon, barangkali ayah sudah tahu sebabnya.” Dia membuka peti ais dan menggapai sebotol air lalu meneguknya.

Pardon me Miss Natasha, since when you learnt not to respect others priority? We share the bottle, means you cannot suck it like that. Mind it in your head and you did not answer my question. I am waiting.” Ayahnya bercekak pinggang. Kemudian mengambil botol tersebut di tuangkan air oren tersebut ke jug yang lain.

“Ya, saya terlupa menyiapkan kerja yang Miss Shery berikan 2 hari yang lepas.” Tunduk. Beg masih bergantung di bahu kanannya. Ayahnya masih berdiam diri dan memerhatinya. Di sangkakan jawapan tersebut sudah cukup untuk menjawab persoalan ayahnya sungguh meleset. Ayahnya masih menanti sesuatu. 

“Okey, 2 minggu yang lepas. Bukannya saya tak nak buat, saya ada hal lain. Ayah pun tahukan, kita kekurangan tenaga dalam rumah ini. Saya tak boleh fokus keduanya sekali. Saya 15 tahun, 15 tahun saya hidup dan saya tak mampu untuk buat semuanya. Saya kena masak, saya kena melawat ibu, saya kena tengok-tengokkan ayah, saya kena telefon abang, saya kena cari kerja untuk tampung duit. Saya tak larat untuk semua ini.”

Natasha berlari meninggalkan ayahnya menaiki tangga berhampiran. Malas rasanya untuk memuntahkan segala yang bersarang di hati itu. Dia tidak pula menceritakan dirinya yang sering di buli di sekolah sejak belakangan ini kerana perubahan sikapnya yang amat ketara di kalangan rakan-rakan sekelas. Natasha tidak faham kenapa dirinya di uji sebegini sedangkan ketabahan jiwanya tidaklah sehebat mana, setakat menahan air mata dari terus mengalir belum tentu mampu terubat hati yang kian berdarah. Kehidupannya di tanah asing kadang-kadang tidak membantunya mengenal siapa dirinya, siapa ibunya, siapa ayahnya dan siapa abangnya. 10 tahun membesar di England bukanlah seperti yang di rencanakan oleh keluarga sebelum berhijrah dari Malaysia.

Telefon bimbitnya bergetar, tidak berbunyi. Sengaja di setkan begitu supaya tidak menganggu dirinya. Di jawab panggilan tersebut, nombor rumahnya. Dia tergelak kecil kerana sudah tahu siapa di sana.

“Ayah dah masak, mari turun makan.”

Dia kemudiannya berjalan menuruni tangga. Ayahnya sudah menunggu di meja makan. Menu malam ini adalah nasi goreng ayam, bisik hati Natasha tatkala melihat makanan yang terhidang di atas meja. Dia tersenyum lega kerana ayahnya tampak ceria seperti biasa. Barangkali dia sedang berpura, getus hati kecil Natasha.

“Ayah minta maaf, mungkin kamu tertekan dengan keadaan keluarga kita sekarang ini.”

“Tak apalah, saya juga tidak sepatutnya mengikut perasaan sangat.”

“Esok ayah ada mesyuarat di pejabat. Jadi mungkin ayah akan pulang lewat malam.”

“Ibu bagaimana?”

“Itulah yang ayah ingin bincangkan. Mungkin kamu boleh melawatnya esok.” Wajah Natasha berubah.

“Ayah tak adil! 2 minggu yang lepas ayah melepaskan tanggungjawab pada saya, esok juga ayah melepaskan tangan! Ayah sengaja elak dari bertemu dengan ibu, bukan?!”

Encik Zamil menundukkan kepalanya. Sudu di tangan kanannya bermain-main pada nasi goreng di dalam pinggan. Natasha masih lagi melihat ayahnya, di harapkan respon yang positif dari seorang ayah. Natasha sedar, ayahnya seakan-akan melarikan diri dari bayang sendiri. Encil Zamil sebenarnya tidak mahu bertemu dengan isterinya terlalu kerap kerana dirinya tidak setabah Natasha. Dirinya terlalu lemah melihat keadaan isterinya yang kurang bermaya, di tambah pula dengan serba salah yang menjadi-jadi apabila wajah pucat isterinya di tatap. Egonya terkadang jatuh di hadapan anak sendiri. Acap kali juga anak gadisnya ini terpaksa menjadi penjaganya kerana tekanan kerja dan tekanan keluarga yang di hadapi. Dia tidak berselera melihat nasi goreng lalu bangkit dari kerusi dan meninggalkan Natasha sendirian. Natasha hanya memerhati ayahnya. Ada jernih kosong bertakung di dalam kolam mata ayahnya, dan dia tidak mahu terus melukai ayahanda tercinta.

Usai makan, dia mengemaskan meja makan. Dia terkenangkan ibu. Sebelum ibu sakit, tidak pernah sempat dapur ini berehat kerana dua beranak tersebut asyik sungguh mencuba resepi-resepi baru yang mereka temui. Tidak kira malam atau siang, mereka tetap bersama membakar kek-kek mereka.

“Ibu, sihat ke?” Natasha bertanya khabar pada bondanya sejurus masuk ke bilik nombor 28 itu.

“Hari ni saya belek semula resepi-resepi kita dulu. Seronokkan kalau kita dapat masak kuih-muih macam dulu. Boleh kongsi dengan Auntie Sally di sebelah rumah kita tu.” Dia mengambil kerusi dan duduk berhadapan dengan ibunya. Ibunya hanya tersenyum dan mengusap pipinya lembut. “Ayah tak dapat datang hari ni, katanya ada mesyuarat penting.” Sambungnya lagi. “Ibu, kenapa ibu tak mahu bercakap dengan saya?” Dia bangkit dari kerusi dan berdiri menghadap tingkap. “Saya penatlah begini. Penat datang ke sini. Saya bercakap seorang-seorang, macam bercakap dengan batu. Saya penat ibu. Sampai bila ibu hendak duduk di dalam rumah sakit ni? Sampai bila ibu?” Natasha memandang ibunya sekilas, tampak tiada respon dari ibunya. Diam. Suasana sunyi sebentar.

Pintu bilik terkuak, muncul Fauziah membawa ubat-ubat di dalam dulangnya. Fauziah adalah seorang pembantu di Heart Wood Hospital ini. Dia adalah satu-satunya warga melayu yang bekerja di situ. Kebetulan Puan Masyitah mengalami masalah tekanan, atau bahasa kasarnya sakit jiwa atau mental membuatkan Fauziah tertarik untuk menjaga Puan Masyitah. Fauziah seorang yang sabar dan kerap kali menemani Natasha untuk berbual sama agar dia tidak bosan menunggu di situ tanpa maksud tujuan tertentu.
Natasha berjalan ke arah Fauziah. Dia membantu Fauziah memberi ibunya ubat-ubat tersebut untuk di telan atau di minum.

“Ibu masih begini, dia senyum macam orang gila. Mungkin dia memang gila.” Bisik Natasha pada Fauziah. Fauziah hanya tergelak kecil dan tidak memberi respon apa-apa. Selesai memberi ubat, Fauziah mengajak Natasha duduk berjauhan sedikit dari ibunya. 

“Ibu tak gila. Jangan cakap begitu. Ibu cuma perlukan masa untuk berehat dan menenangkan jiwanya.”

“Berapa lama lagi dia perlukan?! Sudah 6 bulan dia begitu.”

“Kita tak boleh menjangka kerana pemulihan seorang pesakit itu bergantung kepada usaha dia sendiri untuk memperbaiki dirinya. Kita perlu terus mendoakan. Tetapi, bukan marah dan terus memaksa dia kerana itu tidak akan membantu. Mungkin akan memburukkan lagi keadaannya.” Jelas Fauziah. Dia perbetulkan sedikit kedudukannya di atas kerusi. Natasha seperti orang kurang sabar kerana tidak larat lagi berulang-alik dari sekolah, ke hospital, kemudian pulang ke rumah. Sekali-sekala abangnya menelefon dari Bristol bertanyakan khabar ibu.

“Saya tidak tahu bagaimana hendak menerima ujian hidup sebegini rupa. Sejak ibu sakit, ayah selalu berhadapan dengan bermacam dugaan lain. Dia tertekan. Dia asyik teringatkan ibu dan kadang-kala dia mengigau sampai menyebut-sebut nama ibu.” Teresak-esak suaranya. Air matanya tidak dapat bertahan lagi. Tangannya di takup pada wajah. Bahunya terjungkit-jungkit berpunca dari esakan tangisnya. Fauziah memeluknya bagai seorang akak.

“Natasha, Allah menguji seseorang itu sesuai dengan kemampuan mereka. Ini adalah salah satu cara Allah melihat bagaimana caranya kita handle diri kita dan orang lain dalam menangani masalah yang diuji. Akak faham apa perasaan Natasha. Ada pesakit yang lebih teruk lagi dari ibu Natasha dan Tuhan telah menunjukkan pada akak bahawa manusia itu sangat lemah. Kita akan kembali kepada-Nya bila-bila masa sahaja.” Tangan kanannya di usap-usap kepala Natasha yang bertudung litup putih itu.

Seseorang menyentuh bahu Natasha. Fauziah tersenyum ketika Natasha menoleh ke belakang.

“Natasha, kenapa menangis?” Puan Masyitah bertanya dihiasi dengan senyuman. Natasha bangkit dan memeluk ibunya. Inilah kali pertama ibunya bersuara sepanjang berada di hospital ini.

“Akak beri beberapa minit lagi okey? Masa pun hampir tamat. Oh ya, nanti akak ke mari semula kerana ada sesuatu akak ingin beri pada Natasha.” Fauziah beredar dan meninggalkan dua beranak di situ.

Puan Masyitah duduk di atas kerusi yang telah di panaskan oleh Fauziah sebentar tadi. Dia mengesat air mata anaknya yang hampir kering pada kedua belah pipi dengan kedua ibu jari tangan kanan dan kirinya.

“Maafkan ibu.” Kenyataan ringkas ibunya membuatkan Natasha serba salah kerana selama ibunya di hospital, dia selalu mengatakan ibunya sudah gila. Namun hakikatnya dirinya masih menyayangi si ibu, insan yang melahirkan dia 15 tahun yang lalu.

Jam di tangan menunjukkan hampir 6 petang. Tempoh lawatan sudah sampai ke penghujung waktu. Hatinya sangat gembira kerana dapat mendengar suara ibu setelah sekian lama membisu bagaikan ada emas akan terkeluar jika di buka mulut tersebut. Namun begitu, ibunya tidak banyak berkata. Hanya beberapa patah sahaja sudah cukup membuat hati Natasha gembira bagaikan sang purnama sedang tersenyum girang kepadanya. Dia memberi ciuman di pipi Puan Masyitah. Puan Masyitah hanya mengukir senyuman tanpa membalas apa-apa. Natasha beredar dengan hati yang berat. Terasa ingin membawa ibunya pulang bersama ketemu dengan ayahnya, suami Puan Masyitah.

“Natasha!” Tercungap-cungap Fauziah mengejar Natasha.

“Oh, maafkan saya. Terlupa pesan kak Fauziah tadi.” Sebuah kotak di hulurkan pada Natasha dan dia mengambil dengan was-was. Apakah yang terkandung di dalam kotak yang bersaiz sederhana tersebut? Hatinya tidak keruan ingin mengetahui isinya. Dia cuba membuka.

“Nanti, jangan buka sekarang. Bukalah lepas solat Maghrib nanti.” Fauziah memberi cadangan dan memandang Natasha dengan sayu. Dia dapat rasakan aura kasih antara dirinya dan Natasha. Fauziah pernah kehilangan adik perempuan akibat kemalangan jalan raya yang tanpa di duga. Mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke kampong. Walaupun kemalangan itu tidak teruk, namun nasib adiknya kurang baik kerana hentakan dari remukan di bahagian dalam kereta memberhentikan nafas adik ketika itu juga. Apatah lagi adiknya juga menghidap penyakit asma yang berasal dari keluarga pihak emaknya Perkenalannya dengan Natasha membuatkan dia ingin menjaga Natasha seperti adik sendiri walaupun pertemuan mereka hanya seminggu sekali. Terkadang 2 minggu sekali dia menjenguk ibunya di hospital.

Natasha hanya membalas senyuman Fauziah sambil mengucapkan terima kasih dengan pemberian yang dia sendiri tidak tahu isi kandungannya. Namun ucapan penghargaan harus di suarakan supaya pemberi lebih rasa di hargai.

No comments:

 

Blogger news

Blogroll