Prolog: 4 TAHUN
Yang kau tunggu 4 tahun kenapa? 4 tahun tu bersamaan dengan 12 bulan darab 4 tahun, sama dengan 48 bulan. Kau nak aku kira berapa minggu dan hari juga ke?
Serabutlah wei. Aku bukannya sengaja nak tunggu, kecut beb!
Lelaki mana boleh kecut. Lelaki kena berani. Lelaki kena yakin diri. Susah-susah je nak tunggu sampai 4 tahun. Confident je lepas 4 tahun semuanya seperti dalam perancangan kau.
Dia seorang je beb. Kalau dengan orang lain, ayat manis bak madu pun tak ada masalah.
A'ah, sebabtu sepanjang 4 tahun kau tu berapa banyak perempuan kau dah tukarkan?
Eh? Tak adalah. Pandai-pandai je kau.
Kau ingat aku tak tahu ke? Dia dah cerita semuanya.
Cerita apa ni beb? Tak fahamlah.
Kau tak tahu ke? Selama ni dia memang dah tahu yang kau tu bertukar-tukar perempuan sepanjang 4 tahun ni.
Alamak. Ya ke? Mana kau tahu? Dia cerita dekat kau ke?
Come on lah beb. 4 tahun dia simpan perasaan. 4 tahun dia periksa background kau. 4 tahun dia tunggu kau luahkan perasaan. 4 tahun beb?!
Serius ke?
Kau cerita apa ni? Aku agak sajalah. Kalau tak takkanlah dia tahu semua benda pasal kau.
Ceh, kau ni main agak ikut suka je. Aku tengah frust gila ni. Mana nak letak muka ni entah.
Apehalnya?
Aku melamar dia semalam beb. Semalam! Malu siot!
Hahahaahahahaha! Ini sumpah kelakar!
Kau gelak? Kau gelak? Aku macam nak mati tahu, nak mati petang tadi. Tak boleh tahan, aku blah.
Itu aku tahulah. Selepas 4 tahun baru kau nak melamar? Kau buat lawak antarabangsa ke? Kenapa tak tunggu 6 tahun lagi? Bagi cukup 10 tahun baru melamar.
Lawak bodoh apa kau buat ni?
Kau menyepi lepas habis belajar. Sekarang kau datang untuk melamar? Tanpa selidik keadaan dia dan kehidupan dia? Ini lagi bodoh!
Kau datang bukan untuk tenangkan akukan? Kau datang nak mencetuskan lava je!
Musykil. Sejak bila kau suka dia? 4 tahun yang lepas?




No comments:
Post a Comment