Pages

Labels

Tuesday, May 02, 2006

Siapakah Budak Itu?

Siapakah Budak itu?
Dia seorang budak suruhan gabenor
Kecerdikan dan sifat terpuji, mengkagumkan
Lantas di pilih merentasi daerah Espana – Jeneral agung
bersedia menyarung doa syahid
Semangat jihad berapi menolog tentera
Perkapalan lenyap di musnah olehnya,
tidak mahu bacul mencapai kemuncak
Sedang di hantar meninjau teratak musuh, oleh gabenor.
Kehebatan Gotik menyarung bahana juang
Tiada getar bahkan kobar yang menjulang
Sungai Barbate menjadi saksi
pertumpahan darah beraksi hebat, lebat
Konon laluan di halang, rupanya takut menyarung jiwa
Roderick lemas di kejar sang bijaksana
Kekalahan semakin menjerut dendam musuh
Ingin mengusir Islam dari jajahan
Gotik bertambah, senjata di angkat berganda
Dari Afrika Islam berangkat, Gabenor Musa bernakhoda
mengangkat panji Islam, takbir menyusur jalan
Ecija bukti kemenangan, kukuhnya iman, Tuhan Peneman.
Budak itu mengimamkan perjuangan, Toled,
kota besar milik Espana, mudah saja di miliki
Tanpa tujahan sengit, tiga yang lain di rampas
oleh Islam, penyelamat dari Gotik – rakyat Espana
menghujani rasa syukur, tiada
indah bersama Gotik.
Cordoba, Malaga, Granada, milik Islam sementara
Eropah bakal di tebus Islam, semangat jihad bersuara
Bicara kelu, Damaskus telah memanggilnya – oleh khalif
Arahan tak bisa di tentang, disiplin yang utama
Niat menakluk Eropah musnah, siapa peneraju warisan?
Tariq bin Ziyad, laungan jihadmu berdentum menyapa langit
Hingga kini mencorak pawana rindu mujahid
pada kemenangan yang kau hidangkan untuk kami
Tiada yang syukur pada perjuanganmu,
andai leka tak kenang bahasa jihad milik Allah.

Kay @ 12 am - 24 april 06

No comments:

 

Blogger news

Blogroll