Jejaring nafsu berpagar
Menangkap pari-pari harta
Cantik, indah dan sempurna
Menanam emas, perak dan gangsa
Menggendong bongkak, seraya kata
'hartaku, hasil dariku, tanganku'
Lupa asalnya, takut menyembah
Kerna harta miliknya
Yang beriman memujuk seru
Melatih zakat berpaksikan Islam
Tiada suara cemburu, memburu
Kerana Allah niat terhala
Bangkitlah, untuk Islam kami panjatkan
Tunaskan harta, sebarkan merata
Tanpa DIA kau miskin dan papa
Masih angkuh melepaskan keluh
Agama suci di mainkan
Di panah habisan Musa yang lesu
Cuba memberi, cuba membantu
Alasan sama mengorak kata
Fitnah di sebarkan, cuba menyesatkan
'agama Musa penuh pendustaan'
Laung sang Qarun yang lupa diri
Jenuh, Musa melepas tangan
Serahkan sebulat pada Ar-Rahman
Sebidang istana kontang
Qarun yang damai gundah melolong
Bantu aku, bantu aku
Binasalah dia perintah dariNya
Di telan bumi yang derita mananggung,
membiar pendusta menjejak tanahnya
Kekayaan musnah di rakus
Tubuh longlai hilang di ranap
Benar, harta menyesatkan
andai iman tak waras mencorakkan
nilai syukur yang Tuhan anugerahkan.
Kay @ 9.33 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment