Pages

Labels

Thursday, June 06, 2013

LAFAZ TERSIMPAN (EPILOG)

“Sah?” Salah seorang saksi mengangguk, di ikuti dengan beberapa orang saksi juga mengangguk apabila di tanya Tok Kadi. “Alhamdulillah.” Tok Kadi lantas mengangkat tangan dan membacakan doa.

Aisyah tersenyum bahagia. Hatinya berbunga-bunga kerana akhirnya dia telah sah bergelar isteri seseorang. Tanggungjawab semakin besar, tetapi dia tahu itulah sunnatullah seorang isteri terhadap rumahtangganya. Aisyah menadah tangan dan mengaminkan doa yang di baca oleh Tok Kadi. Hati yang tadi berdebar-debar menanti lafaz nikah dari bakal suaminya, kini bertambah tenang selepas semuanya selesai dengan sekali lafaz.

Aisyah mengangkat kepalanya, wajahnya memandang tepat ke arah Aman. Senyum. Aman senyum memandangnya, lega. Aisyah juga lega dan senyum memandang Aman. Terima kasih Sakinah, terima kasih kerana berjaya memujuk Aman. Terima kasih Aman.

Benarlah bahawa jodoh itu adalah RAHSIA BESAR milik Allah. Hampir sahaja Aisyah mengalirkan air matanya. Terima kasih papa, terima kasih mama.

Tuesday, June 04, 2013

DENDAM SEMALAM (Prolog)

PROLOG

“Tok Abah..” Rafiq menghampiri Tan Sri Ramli dan memeluk erat bahunya. Sedu-sedan Tan Sri Ramli  masih kedengaran biarpun semakin sayup.

“Rafiq, esok Rafiq ke luar Negara sambung belajar. Belajar sungguh-sungguh, dapatkan pengalaman dan ilmu sebanyak yang mungkin.”

“Luar Negara? Tapi Tok Abah..” Rafiq terkejut dengan keputusan Tan Sri Ramli tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Itulah sikap Tan Sri Ramli, seringkali membuat keputusan tanpa berbincang, dan sikap itu jugalah kadang-kadang membuatkan Rafiq jadi rimas dan cuba bersabar kerana Tan Sri Ramli sahaja keluarga yang dia ada di dunia ini.

“Kita tak banyak masa. Pulanglah dengan ilmu yang cukup dalam bidang penyiaran.”

Bagaimana dengan Suriyani? Bisik hati Rafiq. Suriyani adalah salah satu sahabatnya yang rapat dengannya di sini.

Hari yang sama, telah berlaku kejadian langgar lari. Ayah Suriyani terlantar di atas jalan raya. Kelihatan Suriyani sedang meraung memeluk ayahnya yang sedang terbaring, terkujur tanpa tindak balas. Kelihatan darah mengalir keluar dari luka di hidung, dahi dan pipinya. Tangan Suriyani telah lenjun di basahi darah.

“Tak guna!! Tak guna!! Dah langgar berhentilah!! Ayah!! Bangun ayah!!” Jeritan dan raungan Suriyani memecah sunyi malam. Namun, kegelapan malam tidak kelihatan bayang-bayang manusia bekeliaran. Hanya kebetulan seorang pegawai keselamatan melalui kawasan parkir bangunan itu untuk pemeriksaan. Dia segera menelefon ambulan apabila terlihat keadaan Suriyani bersama ayahnya.

Manakala dirumah Talha pula kelihatan Encik Usman sedang terbaring kepenatan. Dahinya lebam. Talha terpaku melihat ayahnya sejurus kaki melangkah masuk ke rumah.

“Ayah? Kenapa dengan dahi ayah? Dato’ Faruq pukul ayah lagi ke?” Encik Usman diam dan terus merenung siling rumah. Ada air bertakung di dalam kelopak mata. Dia cuba bertahan, menahan agar tidak tumpah. Dia tidak lemah, mana mungkin kelemahan di tunjuk di hadapan anaknya. “Ayah..” Panggil Talha sekali lagi, barangkali ayahnya sedang berkhayal tidak sedar akan kehadirannya. Talha duduk menghampiri ayahnya untuk melihat kesan lebam itu lebih dekat.

“Talha masuklah bilik. Ayah letih.”

“Ayah kalau letih, rehatlah dalam bilik. Dahi ayah lebam ni, biar saya sapukan ubat.” Talha bingkas bangun. Tangannya di rentap oleh Encik Usman.

“Tak perlu. Ayah masuk bilik dulu.” Encik Usman bangkit dan menuju ke kamar tidurnya.


LAFAZ TERSIMPAN (8)

8: MISI MENCARI DALANG

Pintu di ketuk perlahan.

"Assalamualaikum." Liyana memberi salam mendekatkan wajahnya ke pintu agar orang di dalam mendengar salamnya lebih jelas.

"Masuk!" Suara seorang lelaki kedengaran dari dalam. Liyana memulas tombol pintu dan mula melangkah. "Buka kasut ya Liyana." Nasib kaki kanannya belum cecah lantai bilik Mr Zain. Dia mengundur dan membuka kasutnya.

"Maaf sir saya terlambat 10 minit." Liyana duduk di hadapan Mr Zain selepas di jemput oleh Mr Zain.

"Awak sihat Liyana?"

"Alhamdulillah." Liyana tersenyum malu bila di tanya khabar oleh pensyarah handsome macam Mr Zain.

"Awak tahu tak kenapa saya nak jumpa awak ni?" Mr Zain memulakan bicara mukadimahnya. Tangan kiri dan kanannya bersatu di genggam, sikunya ditongkatkan atas meja.

"Sebab, test pertama saya teruk ke?" Liyana cuba meneka.

"Bukan. Sebab Aisyah." Liyana terkejut. Mr Zain pun dah tahu ke pasal gosip tu. Habislah. "Saya cuba call dia haritu, tak berangkat. Sebabtu saya call awak minta datang jumpa saya. Dia ok ke?" Jelas Mr Zain. Liyana tidak dapat mengagak sama ada Mr Zain sudah tahu atau belum.

"Ok je sir. Kenapa ya? Ada perkara yang mengganggu fikiran sir ke?" Liyana cuba mengorek.

"Hm.. saya ada dengar gosip pasal Aisyah suka dekat saya tu." Liyana menarik nafas dan melepaskan penuh kecewa. Habislah.

"Kalau sir dah tahu pasal ni, biar saya berterus-terang. Aisyah tak ok. Hari ni dia tak datang kelas." Mr Zain terkejut. Aisyah bukan seorang yang suka ponteng kuliah. Kedatangan dia sangat memuaskan. Kadang-kadang Aisyah mempunyai sikap berterus-terang yang melampau tanpa memikirkan risiko selepas itu. Mr Zain terdiam. Dia cuba memikirkan perkara yang dia perlu tahu.

"Awak tahu rumah Aisyah?" Mr Zain ingin tahu.

"Nak buat apa? Sir nak pergi rumah dia ke?" Liyana cuba menduga lagi.

"A'ah. Saya nak tengok keadaan dia."

"Eh jangan sir!" Liyana cepat-cepat menghalang. Tangannya di lambai-lambai seperti menghalang sesuatu. "Bahaya kalau sir datang rumah dia. Nanti gosip liar tu semakin liar! Bahaya!" Liyana seperti memberi amaran kepada Mr Zain. Mr Zain mengerutkan dahinya. Kadang-kadang dia tidak faham dengan gosip-gosip panas yang mudah sangat tersebar. Agaknya orang perempuan memang suka bergosip walaupun benda tu tak betul.

"Habistu, awak nak saya diamkan saja?" Tanya Mr zain kecewa.

"Bukan macamtu. Kita kena siasat, siapa sebenarnya dalang di sebalik sticky note tu. Apa tujuan dia sebarkan fitnah macamtu." Liyana berbicara seperti gaya penyiasat yang cuba merungkai permasalahan besar yang sedang berlaku di dalam kampus.

Mr Zain menggosok dagunya yang berjanggut nipis seperti sedang berfikir. Matanya memandang siling bilik seperti sedang membaca sesuatu. Liyana turut menjeling ke arah siling bilik untuk memastikan tak ada apa-apa sebenarnya atas siling tu.

"Kenapa awak tengok siling? Ada apa-apa ke?" Lamunan Liyana terhenti. Alamak, malunya.

"Oh, tak ada apalah. Saya dengar macam ada benda berjalan. Tikus kot." Liyana mencari helah.

"Baiklah! Kita kena selidik siapa yang memulakan gosip ni. Liyana, awak kena cuba korek-korek dengan budak kelas awak. Cuba tengok-tengok dari jauh siapa yang ada sticky note yang sama." Mr Zain memberi arahan.

"Baik sir!" Liyana mengangkat tangan, tabik hormat gayanya.

"Tapi ingat!" Mr Zain menyambung. "Misi ni hanya kita berdua saja tahu. Even kawan-kawan rapat Aisyah pun tak boleh tahu. Mana tahu, diorang adalah dalang di sebalik gosip ni. Zaman sekarang ni kawanpun boleh makan kawan. Ingat tu!" Mr Zain menyambung dengan nada sedikit berbisik. Liyana berkerut. Maknanya dia seorang jelah tahu. Ada peluang nak rapat dengan Mr Zain, Liyana sengih.

"Baik tuan!" Sekali lagi Liyana mengangkat tabik hormat. Siapa agaknya dalang di sebalik sticky note ini? Soalan itu terus berlegar di dalam kepala Liyana.

--------------

Malik tergolek-golek menekan perutnya. Dia tidak tahan mendengar cerita daripada Aman. Dekahannya tidak dapat di berhentikan walaupun Aman suruh berhenti berulang-ulang kali.

"Aku tak percaya kau sanggup khianat kawan sendiri!" Malik menyambung gelak dia.

"Mana ada aku khianat. Aku bergurau je." Aman mempertahankan dirinya.

"Gurau kau ni dah melampau. Kau seorang je nampak benda ni gurauan, orang lain nampak benda ni serius. Kau macam tak tahu Mr Zain tu di gilai ramai pelajar perempuan." Malik cuba berhenti dari gelaknya. Tercungap-cungap dia mencari oksigen.

Aman menggeleng-gelengkan kepala. Dia tertunduk buntu. Gurauan sticky note itu seperti tiada tanda untuk berhenti. Makin hari semakin panas seperti pisang goreng. Ada sedikit rasa sesal dalam dirinya kerana mempermainkan Aisyah sehingga tahap begini. Aku betul-betul tak sengaja Aisyah! Maafkanlah aku! Dia mengeluh dalam hati.

"Kau dendam apa dengan dia?"

"Mana ada dendam. Aku gurau je tu." Aman menjeling Malik. Dia memang tak ada maksud nak sakitkan hati Aisyah. Dia tak ada niat nak malukan Aisyah. Dia tak ada niat nak menyinggung perasaan Aisyah. Niatnya nak kenakan Aisyah seorang, tak sangka sticky note yang tertampal di Myvi merahnya mendapat perhatian ramai orang. Dia cuma nak bergurau je. Gurau dengan si api macam Aisyah.

"Gurau apa macamtu. Bro, kau suka dia ke?"

"Eh kau? Ke situ pula. Ini Abdul Rahmanlah bro, takkan sesekali jatuh cinta dekat perempuan kolot macam dia tau. Pakai stokin, pakai tudung labuh, pakai handsock, kenapa tak pakai purdah sekali?" Tangan dia terangkat-angkat berhujah macam Karam Singh Walia.

"Tudung labuh? Sejak bila dia pakai tudung labuh. Aku tengok biasa je tudung dia, cuma tutup dada sikit je."

"Samalah tu. My ideal type is not someone wearing that kind of stuff. You know what I mean right?" Jelas riak di wajahnya.

"Habistu. Apa masalah kau nak kenakan dia. Aku betul-betul tak fahamlah." Malik semacam buntu dan cuba mengerti skrew bahagian mana di kepala Aman yang sudah tertanggal. Barangkali ada wayar putus di antara otak dan hatinya.

"Bro, kau tengok kebanyakan perempuan dalam kelas kita tu, semua syok dekat aku. Semua cakap dengan aku baik-baik, manis-manis, elok-elok, cuba pikat aku, sebab apa bro? Sebab gua handsomelah bro! Tapi Aisyah tu, pandang sebelah mata pun dia tak ingin. Apa aku tak cukup handsome ke dekat mata dia?" Terbukalah segala pekung di dadanya selama ini, terkeluar juga apa yang selama ini tersumbat dalam hati Aman.

Malik gelak besar, gelak dan gelak. Malik rasa alasan tu kebudak-budakkan sangat. Bagaimana Tuhan boleh menghantar manusia sombong seperti Aman ke dunia ini, terang tang-tang mengaku diri tu handsome dan semua gadis-gadis di sekelilingnya akan terpikat hanya dengan kekacakkan dan kemanisan kata-katanya. Pui! Malik meludah di dalam hati.

--------------

"Hai Aisyah!" Aman menegur Aisyah. "How's your test tonight? Ok ke?" Aman memulakan perbualan. Saja cuba mencari ais di sebalik api.

"Ok je." Aisyah jawab acuh tak acuh. Matanya tidak sedikitpun memandang Aman. Dia terus jalan tanpa menghiraukan Aman. Ais sudah cair, yang tinggal hanya api.

Liyana dan Atikah sudah menunggu di Myvi merahnya. Mereka melambai-lambai ke arah Aisyah. Aisyah membalas lambaiannya. Aman berlalu pergi meninggalkan Aisyah, kecewa melihat reaksi Aisyah terhadapnya.

"How's your test tadi Aman?" Rania tiba-tiba menegurnya dari belakang.

"Oh Rania. Ok je kot. Tak adalah susah manakan?" Aman bajet cool di hadapan Rania, konon-konon macam tak susahlah ujian tadi. Walhal kepalanya macam nak pecah memikirkan jawapan untuk beberapa soalan.

"Jom dinner. I belum dinnerlah Romeo." Rania mengajak Aman.

"Jom. Kita jumpa dekat tempat biasa ya."

"Tak boleh ke kita naik satu kereta? I minta Cinta bawa balik kereta I." Rania mencari jalan untuk bersama-sama dengan Aman lebih lama.

"Tak payahlah. Lepas dinner I ada kerja. Lagipun I taknaklah orang nampak kita berdua dalam kampus ni." Aman tidak mahu status singlenya hilang kerana perempuan-perempuan seperti Rania. Rania menarik muka masam.

"Iyalah. I lambat sikitlah macamtu, kena drop kawan-kawan I dulu." Aman hanya mengangguk dan berlalu pergi. Apa-apalah Rania, aku penat nak layan kau.

Aman masuk ke dalam Saga hitamnya. Dia membuka laci dashboard, 10 sticky note berbeza warna masih lagi tersimpan rapi. Takkan nak biar dalam ni je, kalau orang lain jumpa, kantoilah! Aman memberi amaran pada diri sendiri. Dia perlu memastikan sticky note ini tidak di jumpai sesiapa. Dia melihat keliling sudah ramai beransur pulang dengan kereta masing-masing. Aman tercari-cari tong sampah berhampiran, tak adalah pula.

Ah, biar dululah! Enjin dihidupkan. Saga hitam bergerak perlahan.

LAFAZ TERSIMPAN (7)

7: Sticky Note

Aisyah mencampakkan sticky note yang berwarna-warni penuh dengan tulisan-tulisan ke atas kerusi sebelah pemandu. Tak guna! Siapa punya kerja ni! Bentak Aisyah. Dia menumbuk-tumbuk stering keretanya menahan geram. Berkali-kali dia menjeling sticky note tersebut. Dia cuba menyusun semula sticky note tersebut mengikut urutan. Enjin kereta di hidupkan.

1) Hai, nama saya Abu. Saya boyfriend kepada Aisyah.

2) Aisyah ni seorang yang katik dan berkulit tak berapa nak cerah.

3) Hobi dia makan dan tidur sampai terkeluar air liur basi.

4) Selain tu, dia suka berangan. Cita-citanya nak mempersuamikan Mr Zain pensyarah LAW terkenal di kampus kita.

5) Walaupun Mr Zain tu jauh panggang dari api dengan dia, tetapi dia yakin suatu hari nanti Mr Zain akan jatuh cinta dengan dia. Jangan gelak tau! Si katik pun ada cita-cita besar!

6) Walaupun dia garang macam singa, tapi lincah macam kijang.

7) Walaupun hobi dia makan dan tidur, tapi dia tetap kurus macam leher zirafah.

8) Saya harap girlfriend saya Aisyah berhentilah curangkan saya si Abu. Abu lebih layak daripada Mr Zain ok?

9) Last but not least, dia mesti sedang berapi baca sticky note ni semua. Tak baik marah-marah, nanti lambat kahwin.

10) This is really the last one, I LOVE YOU MR ZAIN - jerit Aisyah di dalam hati.

Aisyah masuk ke rumah dalam keadaan marah. Semua barangnya di hempas-hempas. Dia menutup pintu biliknya, duduk di bilik seorang diri. Tiba-tiba dia menjerit sekuat hati sambil melompat-lompat memijak bumi dengan kuat. Dia betul-betul sedang marah. Tangannya di genggam kuat. Selepas puas, dia duduk memeluk lutut. Ada air mata mengalir. Siapalah yang sanggup buat dia begini.

Walaupun dia tidak pasti sejak bila semua sticky note tersebut mula di tampal di cermin-cermin keretanya, hatinya tetap risau. Myvi merahnya sudah tersadai di tempat parkir blok A sejak pagi, jauh sedikit dari bangunan kerana dia terlambat masuk kuliah pagi ini, parkir agak penuh membuatkan dia terpaksa berjalan sedikit jauh. Kalau sticky note tersebut di tampal sejak pagi, bermakna setiap orang yang lalu-lalang pergi kuliah balik kuliah akan perasan dan baca. Matilah!

Telefon berbunyi. Aisyah mengangkatnya.

"Aisyah!!!!!!" Liyana menjerit dari hujung talian. Dia mengesat air mata yang hampir kering di pipinya.

"Kenapa ni?" Tanya Aisyah hairan.

"Saya nak pastikan ni. Nombor plat kereta awak WAR5445 ke?" Aisyah cuba mengingatkan kembali nombor plat Myvi merahnya.

"A'ah saya rasa betullah tu. Kenapa?" Aisyah kehairanan. Jantungnya sudah mula bergolak kencang. Something is not right here. Cepatlah cakap Liyana, kenapa?

"Betul ke kereta awak ada sticky note warna-warni tertampal?" Mati! Aisyah memejamkan mata dia. Kalau Liyana dah tahu bermakna sudah ramai yang tahu. Aisyah memukul dadanya beberapa kali menahan sakit.

"Liyana, mana awak dapat cerita ni?" Aisyah cuba bertenang.

"Dah kecoh satu kampus yang awak bercinta dengan Mr Zain!" What? Aisyah bagai tidak percaya. The rumors spread really fast now. "You know what? Gambar-gambar sticky note tu semua diorang hantar dan pass dekat whatsapp. Even dah adapun orang start sebar dekat grup Facebook tau! Macamana ni?" Aisyah mengetap gigi. Habis. Habis. Habis! "Awak parking kereta dekat mana pagi tadi? Saya tak perasan langsung."

"Memanglah awak tak perasan, sebab awak tak lalu kawasan parkir kereta."

"Betul juga, Awak ok tak ni? Tahu tak siapa punya kerja ni?" Liyana bertanya risau keadaan Aisyah. Housematenya sudah mula bercerita pasal kereta WAR5445. Bahkan classmate kepada housemate dia juga sudah tahu. Barangkali semua senior mereka juga sudah tahu.

"Esok kita borak lagilah. Serabutlah wei." Telefon di matikan tanpa memberi salam. Aisyah cuba berfikir, siapa yang ada sticky note warna-warni macamtu. 10 sticky note, 10 warna ada. Membazir betul! Ini mesti kerja budak kelas sebab budak kelas je yang tahu pasal aku tanya Mr Zain dah kahwin ke belum. Mana ada sebab lain lagi dia nak tuduh aku dengan Mr Zain tu. Aisyah cuba berfikir rasional bagaimana si penampal sticky note tahu berkenaan dia dan Mr Zain.

--------------

"Aisyah tak datang ke hari ni?" Aman bertanya apabila tidak nampak kelibat Aisyah hadir untuk study group. Minggu depan mereka ada ujian kedua untuk subjek ekonomi asas.

"Tak. Sejak gosip liar dia dengan Mr Zain tersebar, dia tak berapa sihat." Liyana menjelaskan keadaan Aisyah kepada Aman. Tak nak Aman menuduh sesuatu yang tidak benar tentang Aisyah.

"Teruk sangat ke gosip tu sampai sakit?" Aman menduga. Tangannya masih lagi menulis beberapa nota penting daripada buku teks di hadapannya.

"Mestilah teruk!" Sakinah mencelah. "Kau tahu, satu kampus dah kecoh tahu. Aku takut Isnin depan dia tak datang kelas je. Malu wei! Kalau aku, esok juga aku pindah kampus." Hujah Sakinah mempertahankan Aisyah. Mereka bersimpati dengan Aisyah kerana di perlakukan sebegitu. Aman hanya mengangguk-angguk.

"Tak ada apalah tu. Sticky note je kot. Kalau tak betul dia tak perlulah nak takut-takut ke, nak lari-lari ke." Aman mencari jalan mempertahankan penampal sticky note.

"Awak dah baca ke sticky note tu semua?" Akmar bertanya lembut kepada Aman.

"Err.. aku dengar cerita je. Tak tengokpun lagi sticky notenya macamana. Isi dalam tu pun tak pasti." Aman teragak-agak untuk menjawab.

"Sakit hati tau baca sticky note tu. Kitorang dah baca dah. Semalam kitorang pergi rumah dia tengok sendiri sticky note tu. Kalau saya jadi Aisyah pun, rasa nak tumbuk sampai lumat si penampal sticky note tu. Apalah masalah dia berdendam dengan Aisyah." Panjang lebar Akmar bercerita. Tangan kanannya menumbuk telapak tangan kirinya menunjukkan gaya seperti gangster.

"Masalah besar sekarang ni, si peminat Mr Zain sekarang tak berpuas hati dengan Aisyah." Atikah menambah.

"Sampai macamtu sekali?" Aman terkejut mendengar cerita Atikah. Dia tidak menyangka gurauan sticky note ini menjadi semakin besar dan parah walaupun kejadian baru berlaku 3 hari. "Siapa si peminat Mr Zain yang tak puas hati tu?" Aman menyambung.

"Seniorlah, siapa lagi? Gasak Aisyah. Kita ni junior first year, memang kena ganyanglah. Aku tak dapat bayangkanlah Aisyah kena warning dengan senior-senior tu." Sakinah menambah.

Telefon Liyana berbunyi. Nombor yang tidak di kenali. Dia mengangkat perlahan.


LAFAZ TERSIMPAN (6)

6: SELAMAT TINGGAL LOKMAN

"Hai Encik Abdul Rahman Abdul Razak a.k.a Aman." Seorang gadis tinggi lampai, kulit mulus, rambut panjang mengurai di lepaskan, memakai maxi labuh merah bersama cardigan merah jambu. Kasut tumitnya juga berwarna merah jambu, menggalas Gucci merah di bahu kanannya. Semua mata tertumpu kepada gadis itu yang muncul tiba-tiba dari pintu kelas. Aman yang sibuk berborak dengan Malik terkejut dengan kehadiran Zeka.

"Zeka!" Itu saja yang mampu terpacul dari mulutnya.

"You dah campak telefon you ke mana? Sejak 2 hari yang lepas I call you tak berjawab?" Zeka memandang tajam ke anak mata Aman. Aman bangun dan menarik lengan Zeka keluar dari kelas. Kasar. Zeka cuba melepaskan diri. "Sakitlah!" Jerit Zeka.

"You, kan kita dah janji, no meeting or dating inside the campus?" Aman cuba memujuk Zeka.

"Not anymore. Starting from today, I will meet you where ever I want. Clear?" Zeka menjeling tajam ke arah  Aman. Dia menarik nafas lega dapat meluahkan isi hatinya. Selama ni dia ikutkan saja kehendak Aman yang tidak suka bertemu di dalam kampus.

"Apa masalah you sebenarnya? The deal is deal. You nak jumpa I dalam kampus? Fine, we'll end it here!" Tempelak Aman yang panas dengan sikap Zeka.

"You!" Zeka memegang lengan Aman. Aman menarik lengannya kasar, tidak mahu di lihat mereka bersentuhan.

"Listen here Zeka. I don't care you anak dato' ke, anak tan sri ke, anak tengku ke, you just so uncontrollable and I cannot accept you anymore. We are done and don't ever come to me again!" Aman turun anak tangga. Dia tidak mahu masuk ke kelas semula. Di dalam kelas bagaikan penonton wayang berkerumun di tingkap menyaksi kejadian panas antara Aman dan Zeka.

"Kau agak Zeka tu nombor berapa?" Baizura bertanya kepada Aisyah yang masih duduk di atas kerusi. Baizura sedang duduk di atas meja berhadapan dengan Aisyah.

"Entahlah. Banyak dah kot." Aisyah jawab acuh tak acuh.

"Sir datang, sir datang." Badrul Shah memberi signal. Dia segera berlari ke tempat duduknya.

"Assalamualaikum class. Hari ni saya akan pulangkan kertas ujian pertama awak ya." Mr Zain duduk di kerusi pensyarah dan memangil satu persatu nama pelajar-pelajar di dalam kelas. "Aisyah." Namanya dipanggil selepas beberapa nama yang lain. Aisyah berjalan ke hadapan untuk mengambil kertasnya. "Tahniah Aisyah. Walaupun tak A, tapi saya rasa keputusan ni ok saja." Mr Zain bersuara sambil membuat muka sinis. Apa masalah Mr Zain ni? Aisyah dapat 68% untuk kertas ujian LAW yang pertama.

"I would like to congrats to Hana Suraya for getting the highest score for the first test. She got 80%. Give her a clap." Semua orang menepuk tangan dan memandang Hana Suraya. Hana Suraya tersenyum malu kerana di puji oleh Mr Zain. Punahlah harapan Aisyah untuk mendekati Mr Zain kalau kertas ujianpun dapat markah sikit.

-----------------

Aman masih duduk di dalam Saga hitamnya. Dia memerhati kelibat seorang lelaki menuruni anak tangga keluar daripada bangunan utama kampus. Lelaki itu memakai kemeja hitam, di tangannya terdapat beberapa keping fail. Aman turun dari kereta dan cuba mendekati lelaki tersebut. Dia menepuk bahu kiri lelaki itu.

"Lokman." Aman bersuara. Lokman menoleh memandang Aman. Mata mereka bertentangan. Kejadian malam itu berdesup dalam ingatan.

"Aku dah berhenti. Biarlah aku cari duit untuk adik-adik aku dengan cara yang halal." Lokman senyum memandang Aman.

"Aku minta maaf pasal haritu. Aku tak ber.."

"It's ok Aman. Let gone be bygone ok? Aku dah maafkan."

"Aku ada satu permintaan, kau jangan beritahu sesiapa pasal aku."

"Pasal kau anak dato'?" Lokman tergelak. Aman terdiam. Wajahnya penuh kerisauan.

"Hairan bin ajaib, anak dato' bawa Saga je. Up lah sikit." Perli Lokman.

"Ini kira ok dah. Ikutkan aku nak bawa Kancil je." Aman senyum. Walaupun perkenalan dengan Lokman sangat singkat, dia cuba untuk memahami teman serumahnya. Lokman sebenarnya tinggal serumah dengan Aman, tetapi Lokman jarang ada di rumah. Lokman ni kutu rayau. Biasanya Aman akan berada di rumah seorang diri. Kadang-kadang Malik datang menjadi peneman di kala berseorangan. Pokoknya, Aman lebih selesa menghuni rumah yang tidak ramai penduduknya.

"Tapi, aku musykil satu benda. Kenapa kau tiba-tiba meradang sampai tumbuk dinding malam tu?" Aman terdiam.

"Tak ada apalah. Aku pun pernah macam kau juga, lebih teruk. Waktu sekolah lagi dah rasa dadah, arak, gam, seks je belum." Lokman gelak. Aman juga tergelak. "Susah tau nak tinggalkan benda-benda tu, siksa!" Aman memberi peringatan.

"Sekarang dah bersih ke?" Lokman menduga.

"Sikitlah. Better than before I guess. Air kencing tu aku dah tak sentuh dah, jijik wei!" Aman membuat muka, menunjukkan betapa jijiknya minuman keras itu. "Kita ni semakin tua, kena cepat sedar diri." Lokman tersengih dan menjeling.

"Sedarpun. Bawa-bawalah bertaubat. Sampai bila nak mainkan hati dan perasaan perempuan. Kesian aku tengok diorang." Lokman membuka mukadimahnya.

"Lepaklah. They all deserve tau. Semua yang nak lelaki kacak macam aku ni cuma anak-anak orang kaya je. Yang tak kaya macam Aisyah tu je tak pandang aku. Siap bermusuh dengan aku. Setiap hari asyik nak gaduh!" Lokman tergelak mendengar celoteh Aman.

"Aisyah tu memang dari dulu garang macamtu. Aku dah lama kenal dia. Tak payah nak gaduh sangat. Orang kata gaduh-gaduh ni lama-lama naik pelamin." Lokman bergurau. Aman merenung Lokman tidak bersetuju dengan kenyataan itu. "Kalau nak ngorat dia, kena jadi air, tak boleh jadi api. Itupun belum tentu dia cair." Sempat lagi Lokman memesan sambil mengenyitkan matanya.

"Dahlah. Jom aku hantar kau ke bus stand. Motor kau macamana?" Aman menukar topik.

"Nanti aku minta tolong kau poskan boleh? Aku bayarlah."

"Boleh. Tak payahlah bayar-bayar. My treat. Dan kalau kau perlukan apa-apa in future, please ask me. Jangan cari along tau! Never! Nak duit, come to me." Sempat lagi Aman memberi peringatan kepada Lokman. Lokman terharu kerana Aman mempunyai hati yang sangat baik walaupun egonya sangat mencakar langit terutama bila berhadapan dengan perempuan.

Aman terpandang sebuah Myvi merah berhampiran Saga hitamnya. Tiba-tiba seperti ada mentol menyala-nyala bersinar di ruang otaknya. Dia tersenyum nakal.

"Jomlah bro!. Kita ambil barang di rumah dulu!" Aman memeluk bahu Lokman dan berjalan girang ke arah Saga hitamnya.


Monday, June 03, 2013

LAFAZ TERSIMPAN (5)

5: STUDY GROUP

"Apa masalah kau sebenarnya ni? Berapa lama lagi kau nak ponteng kelas ha?!" Tempik Aman ke arah Lokman. Lokman yang masih berkhayal dan mamai terduduk menyandar dinding.

"Sebenarnya, apa masalah kau menyibuk pasal aku?!" Lokman membalas balik dengan jeritan yang menyakitkan. Rambutnya kusut masai. Mukanya yang cerah kelihatan merah-merah. Matanya juga separuh tutup. Entah sedar, entah tidak.

Aman menarik leher baju Lokman agar berdiri. Dia menolak Lokman ke dinding dengan kuat.

"Kau dah menyusahkan orang lain. Faham?" Aman mendekatkan mukanya ke muka Lokman. "Sampai bila kau nak menyusahkan kitorang ni? Satu grup dengan kau. Kau sedar tak? Maknanya apa jadi dekat kau sekarang ni ada kaitan dengan akulah!!!!!" Aman menempiaskan marahnya mendekati ke wajah Lokman. Lokman memejamkan mata, sakit telinganya.

Lokman menolak Aman. Aman tersungkur ke lantai.

"Kau dengar sini baik-baik. Aku tak kacau hidup kau anak orang kaya, dan kau jangan kacau hidup aku anak orang miskin." Aman terkejut dengan kata-kata Lokman.

"Kau merepek apa ni? Anak orang kayalah, anak orang miskinlah. Kalau kau rasa kau tu miskin, buatlah cara orang miskin. Cari duit, bukan guna duit untuk dadah. Bodoh!" Dada Aman terasa sesak, geram dengan perangai Lokman yang semakin menjadi.

Lokman berdiri longlai. Dia terduduk dan menangis. Bukan setakat menangis, meraung juga.

"Sebab aku tak ada duitlah aku jual dadah ni." Lokman bercerita sambil menangis. Jiwanya terasa sempit untuk berterus-terang. "Sejak ayah aku meninggal setahun lepas, aku dengan mak aku saja yang menampung adik-adik. Sekarang duit setahun kerja dah habis, macamana aku nak hidup dekat sini? Macamana Aman?! Anak dato' macam kau takkan faham keadaan aku!" Aman terkejut dengan pengakuan Lokman. Aman bangun dan menarik leher baju Lokman untuk berdiri. Satu tumbukan hinggap di pipi Lokman. Lokman tersungkur. Tumbukan Aman benar-benar kuat sehingga darah kelihatan mengalir dari mulutnya.

Aman menjerit sekuat hati. Dia menumbuk dinding berkali-kali dengan tangan kanannya melepaskan geram. Tangannya luka dan berdarah kesan daripada tumbukan ke dinding. Dia menangis semahunya. Entah apa yang bermain di fikiran Aman, Lokman pula keliru.

--------------

Sudah 30 minit Aisyah, Liyana dan AtikaH menunggu kepulangan Aman.

"Janji pukul 10 pagi, sekarang dah pukul 10.30 pagi. Mana dia ni? Telefon tak berangkat." Bebel Liyana.

Aisyah hanya diam membisu. Matanya masih lagi sibuk membaca novel yang baru dibelinya berjudul 'Ayat-Ayat Manis'. Sekejap-sekejap dia tersenyum, tergelak, tersengih, apa yang menarik sangat dengan Ayat-Ayat Manis itu agaknya.

"Itu dia!" Jerit Atikah. Aisyah memandang ke hadapan. Myvi hitam, itu Hana Suraya dan Sakinah. Di belakang Myvi hitam ada Saga putih milik Akmar. Saga hitam masih lagi tak kelihatan. Aisyah menarik nafas kecewa. Dia melihat jam di tangan. Cermin tingkapnya di ketuk Akmar.

"Apesal dekat dalam je?" Akmar kehairanan.

"Boyfriend kau tak ada rumah." Tersipu-sipu malu Akmar bila di usik begitu. Gediklah pula.

"Boyfriend?" Dia menolak bahuku dengan jari telunjuknya. "Kau rasa sesuai tak dia jadi boyfriend aku?" Aisyah memuncungkan mulutnya. Hai lah, baru usik sikit dah perasan lebih.

"Kau datang dengan siapa?"

"Well, all ABAM's are here baby." Akmar menjawab yakin.

"So, aku, Liyana, Atikah, kau, Bai, Aliyah, Mira, Hana, Ina, Aman? Macam nak pergi party pulakan?" Aisyah menarik nafas.

"Perasan tak? Aman seorang je lelaki, dia saja nak join study group kita. Mesti sebab konon-kononnya dia ni di kelilingi perempuan jelita macam kita. Betul tak guys?" Akmar bertanya pada geng ABAM dia. ABAM hanya mengangguk, tersengih-sengih dan bermain mata. Peliklah ABAM ni.

"Itu. Saga hitam dah sampai. Bolehlah suruh dia buang telefon dia dalam tong sampah, tak guna pakai telefon mahal tapi telefon tak berjawab." Aisyah memesan pada Akmar.

Aisyah mengambil beg belajar dan meja belajarnya di tempat duduk belakang. Dia mengunci Myvi merahnya sejurus selepas Liyana dan Atikah melangkah keluar. Aisyah masih lagi bersandar di keretanya dan memeluk tubuh. Dia hanya memerhati gelagat Aman yang baru turun dari Saga hitam.

"Wah, everyone is already here! Sorry all, I went to gym this morning. Terlambat pula." So many excuses, bisik Aisyah, menyampah pula. Malik juga ada, dia juga ke gym bersama-sama dengan Aman pagi tadi.

Selepas semua orang masuk, Aisyah mengekori dari belakang. Masing-masing telah mengambil tempat duduk masing-masing. Aisya membuka meja lipatnya. Semua orang hanya memerhati.

"Apesal kau bawa meja?" Mira memandang hairan.

"Sebab aku nak study atas meja. Manalah tahu, rumah bujang Aman ni hanya ada satu meja study untuk dia seorang." Aman keluar dengan membawa beberapa meja lipat. Semua orang memerhati. Mereka berdiri mendapatkan meja lipat tersebut. Aman memandang Aisyah dengan senyum sinis.

"You all lepak dulu ok? I need to fresh myself. Buatlah macam rumah sendiri ya." Aman masuk ke dalam rumah. Aisyah membuat muka.

Beberapa minit kemudian Aman dan Malik keluar dengan beberapa buku di tangan. Aman berjalan menuju ke arah Aisyah.

"Liyana, kau duduk sanalah." Aman menolak belakang Liyana menggunakan lutut kanannya beberapa kali. Biadab sungguh. Liyana mula bangun, cepat saja Aisyah memegang lengan Liyana.

"Liyana, duduk sajalah. Awak tak payah dengar cakap Aman ni." Serba salah pula Liyana. Belum sempat Liyana berkata-kata Aman terus menyelit di antara Aisyah dan Liyana. Terkejut Liyana. Segera Liyana bergerak ke kiri sedikit dan Aisyah bergerak ke kanan memberi laluan kepada Aman. Gilalah mamat ni! Bentak Aisyah.

Akmar menjeling tajam. Aisyah malas nak layan Aman, dia meneruskan latihan yang sedang di buat. Aman pula sedang sibuk membuka past questions untuk latih tubi. Malik mengambil tempat bersebelahan dengan Akmar. Sedang sibuk Aisyah membuat latihan ada sesuatu sedang mencucuk-cucuk lengannya.

"Aisyah, tolong aku, macamana nak buat ni?" Aman mencucuk-cucuk pen birunya ke lengan Aisyah. Aisyah menarik lengannya agar jauh dari pen tersebut.

"Apa cucuk-cucuk ni. Kau ni tak ada adab ke?" Semua orang memandang Aisyah.

"Aku panggil kau banyak kali tak dengar, aku cucuklah. Kalau aku guna tangan nanti kau mengamuk. Aku pakailah pen. Salah ke?" Aman memberi jawapan.

"Sini saya tengok, apa yang awak tak boleh jawab tu?" Akmar cuba menghulurkan bantuan.

"Tak apa Akmar, aku nak Aisyah yang jawabkan." Terbeliak biji mata Aisyah. Cari nahas betul lelaki ni. Dia mengetap bibir menahan diri.

"Mana? Apa yang susah sangat nak jawab tu?" Aisyah bertanya sombong. Konon macam pandai, sebenarnya dia pun tak pandai subjek akaun. Aisyah melihat soalan yang Aman tak berjaya jawab. Dia pun cuba-cuba, walhal sebenarnya dia pun tak boleh nak buat. Akhirnya dia mengalah. "Dah, aku tak berjaya. Kau suruhlah Akmar ke Liyana ke, aku bukan pandai sangat akaun." Aisyah jujur. Dia meletakkan semula kertas soalan Aman di hadapan Aman. Terpinga-pinga Aman.

"Betul ke kau tak boleh jawab? Aku ingat kau pandai sangat. Tadi gaya kau cakap macam hebat je?" Aman cari pasal. Tak semena-mena Aisyah berdiri. Semua kepala terangkat melihat reaksi Aisyah yang tiba-tiba berdiri. Aisyah menggapai beg tangannya.

"Aisyah, awak nak pergi mana?" Liyana segera bertanya.

"Nak cari makan. Lapar. Tengok jam dah pukul berapa." Masing-masing melihat jam di tangan. 1.30 tengahari. Barulah tersedar yang perut belum terisi. Semua bangun dan mengambil beg tangan masing-masing. Malik dan Aman masuk ke rumah untuk mengambil dompet dan rokok.

"Kenapa duduk belakang Liyana?" Aisyah terpinga-pinga apabila tak ada seorangpun mahu duduk di sebelah pemandu. Pintu terbuka. Malik. Aisyah menarik nafas geram. Dia mengetap gigi.

"Kau buat apa dalam kereta aku ni?" Tanya Aisyah. Malik menunjukkan sesuatu di luar tingkap keretanya. Aman sedang bersandar di tepi pintu. Terkejut Aisyah. Dia membuka pintu. "Dah kenapa sandar-sandar dekat kereta orang?" Aman meminta Aisyah keluar sekejap dari kereta. Secepat kilat Aman masuk ke tempat pemandu apabila Aisyah keluar dari kereta. Pintu segera di tutup dan di kunci. Aman membuka tingkat kereta.

"Wei, apesal kau duduk situ. Keluar!" Liyana dan Atikah tergelak melihat telatah Aman dan Aisyah.

"Cepatlah masuk, nak pergi makan ni." Aman gelak.

"Cepatlah Aisyah, aku lapar ni!" Sampuk Malik. Aisyah menghentakkan kakinya. Geram dengan sikap Aman, suka hati mak bapa dia je nak bawa kereta orang lain. Aisyah membuka pintu belakang. Dia masuk dan duduk, mukanya masam mencuka. Aman dapat lihat wajah Aisyah yang sedang marah melalui cermin tengah Myvi merah milik Aisyah. Wajah Aisyah tidaklah secerah Aman, tetapi mukanya tetap manis.

Telefon berbunyi, Zeka. Aman mematikan telefon bimbitnya.


LAFAZ TERSIMPAN (4)

4: Si Playboy

"Aisyah!" Liyana menggoyangkan badan Aisyah yang sedang membaringkan kepalanya di lengan. Tidur barangkali.

"Kenapa ni?" Aisyah bangun malas. Matanya masih lagi cuba di buka.

"Saya ada gosip baru. Awak tahu tak, Aman dating malam tadi."

"Dating?" Aisyah mengerutkan dahinya. "Dating?!" Kali ni dia bersuara tinggi dan menghentakkan meja dengan kedua tapak tangannya sambil berdiri tegak. Semua yang berada di situ terkejut. Tak ramaipun, adalah beberapa orang pelajar yang lain.

"Eh, awak ni kenapa?" Liyana mengurut-urut dadanya yang sedikit terkejut dengan tingkah Aisyah.

"Oh, patutlah kerja tak siap-siap! Dia pergi dating rupanya!" Aisyah membebel. Dia kembali duduk di kerusi. Kepalanya longlai, letih menunggu emel daripada Aman sehingga 3 pagi. "Dia dating dengan siapa?" Aisyah kembali menyoal. Kali ni tenang. Cuba mengawal perasaannya.

"Ha, itulah saya nak cerita ni. Awak ingat tak perempuan yang perasan tip-top macam anak dato' tu? Budak Finance." Aisyah cuba mengingat kembali wajah gadis itu.

"Bawa Vios tu ke?" Dia menduga. Bukan ke dia memang anak dato'? Aisyah berteka-teki di dalam hati.

"Exactly!" Liyana menepuk tangan. "Perempuan tulah dating dengan Aman malam tadi. Bukan main pegang-pegang tangan, romantiklah kononnya. Tak sangka Aman macamtu." Liyana menyambung ceritanya.

Aman pegang-pegang tangan? Euw? How romantic? Aisyah mengejek di dalam hati. Tak sangka budak skema macamtu rupanya ada taring di sebalik gigi.

"Kalau awak nak tahu, Aman tu dulu menjadi kegilaan perempuan dekat kolej dia tau." Sambung Liyana. Sakan dia bercerita pasal Aman.

"Mana awak tahu?" Aisyah cuba memastikan cerita ni bukan fitnah semata.

"Housemate saya, dia dulu satu kolej dengan Aman. Sekarang dapat sambung tempat yang sama cuma dia Finance, Aman Marketing. Dia kata, dulu diapun suka juga dekat Aman tu, sweet talker." Bukan main Liyana menambah perisa.

Aisyah mendagu di atas lengan. Kenapalah Liyana ni sibuk cerita pasal Aman. Tak ada selera nak tahupun.

"Dia cakap lagi, sekarang ni Aman memang berlagak macam skema, tapi sebenarnya playboy dalam diam. Tak lama lagi nampaklah belang dia. Sekarang ni masih pakai kot lagi, tu yang tak nampak belang dekat badan." Macam harimau belang saja gaya Liyana bercerita. "Panjang umur!" Liyana menambah apabila ternampak Aman memasuki pintu kelas. Aisyah hanya membisu. Dia masih lagi mendagu di atas lengan. Letih rasanya.

Selepas Subuh dia cepat-cepat print semua kerja yang di hantar oleh Aman. Tak ada masa nak semak, print terus. Lepas hantar tugasan, dia ke perjumpaan kelab Usahawan. Lepas ke perjumpaan, dia ke kedai membeli barang dapur yang hampir habis. Lepas ke kedai, dia kembali ke kampus menunaikan Zohor dan terus ke kelas. Letihnya.

Jam sudah pukul 2.15 petang, pensyarah masih lagi belum masuk. Aisyah masih lagi tertidur di atas lengannya dan menghadap dinding dengan harapan tak ada siapa akan kacaunya.

"Woi!" Satu hentakan di mejanya mengejutkan Aisyah. Terus badannya di tegakkan. Aman. "Tidur tak ingat dunia!" Sergah Aman. "Kerja tadi kau dah hantar belum? Penat tau aku siapkan pukul 3 pagi." Aisyah memandang lesu ke arah Aman. Whatever. Dia menyambung tidurnya.

Eh minah ni. Sedar ke tidak dia ni.

"Aisyah, Cik Laila dah masuk." Liyana menggerak-gerakkan badan Aisyah. Aisyah menggeliat lembut badannya. Aman cepat-cepat berlalu pergi.

Minggu depan ada ujian pertama untuk subjek ACC418. Semua pelajar melepaskan rasa kecewa kerana subjek ni agak sukar bagi mereka, ia berkaitan dengan akaun. Aisyah merenung dalam-dalam papan putih di hadapannya. Akaun? Banyak lagi dia tak faham.

"Aisyah, kau okey tak ni?" Akmar datang menegur. Aisyah mengangguk lemah, kemudian menggeleng.

"Macamana ni Akmar? Aku tak faham sangatlah akaun ni." Dia memandang Akmar dengan muka kesian. Akmar memuncungkan mulutnya dan menjeling.

"Kita study group nak? Nanti kalau awak tak faham saya tolong, kalau saya tak faham awak tolong. Okey tak?" Liyana memberi cadangan. Alamak Liyana, kau tolong semua je pun ok. Aku tak faham satu apapun. Aisyah berbisik di dalam hati, sengeh.

"Bila? Dekat mana?" Aisyah bertanya penuh minat.

"Rumah aku. Sabtu Ahad." Aisyah, Liyana, dan Akmar memandang ke arah satu suara penyibuk. Aman hanya memandang kosong, sejak tadi dia mencuri dengar perbualan mereka.

"Apesal rumah kau pula?!" Aisyah bangun tidak puas hati. Semua terkejut.

"Eh Aisyah, rileklah. Ok saja rumah Aman. Betul tak Liyana?" Akmar memujuk. Aisyah menjeling Akmar. Tahulah syok dekat Aman, tak payahlah nak beriya sangat. Aisyah menarik nafas, cuba bertenang.

"Lagipun rumah aku tu boleh duduk depan rumah tu. Bersih je. Kita study dekat situ, Ok tak?" Aman terus memberi cadangan. "Ok jumpa Sabtu nanti." Aman berlalu pergi tanpa mendengar respon dari Aisyah dan yang lain-lain. Sabar Aisyah, pujuk hatinya.

--------------

Telefon berbunyi.

"Aisyah, saya ada gosip ni." Memang tak habis-habislah si Liyana dengan gosip dia.

"Gosip apa pula ni? Aman lagi ke?" Tanya Aisyah malas.

"Bukan. Lokman. Ahli kumpulan LAW awak yang menghilang tanpa khabar berita tu." Bulat mata Aisyah mendengar nama Lokman.

"Iyake? Di mana?" Tanya Aisyah penuh minat.

"Semalam, eh malam tadi. Saya nampak dia macam mabuk je." Mabuk?

"Pukul berapa?"

"Adalah dalam pukul 1 ke 2 pagi."

"Wei, awak ni pergi mana pagi-pagi buta tu?" Aisyah kehairanan.

"Balik buat assignment dari rumah Atika. Dah waktu tu je yang ada, nak buat macamana." Liyana cuba menjelaskan perkara sebenar.

"Lepastu, awak buat apa dengan Lokman lepas nampak dia?"

"Nak buat apa? Buat bodoh sajalah. Takutlah nak keluar dari kereta malam-malam buta."

"Awak tahu ke dia tinggal dekat mana?"

"Tak tahu. Tapi nanti saya cuba tanya-tanya. Saya kan banyak spy." Ada tawa kecil kedengaran. Aisyah juga tersenyum dengan gurauan serius Liyana. Siapa tak kenal Liyana, semua benda dia tahu.

"Ok, thanks tau Liyana. Saya nak sangat tahu apa masalah Lokman."

"Ok, jangan jatuh hati dekat Lokman sudahlah!" Liyana gelak besar.

"Suka hati je awak ni. Oklah, saya ada kerja ni. Assalamualaikum." Aisyah mematikan telefon selepas Liyana menjawab salamnya.

Lokman mabuk? Apa nak jadilah dia ni.

Lafaz Tersimpan (3)

3: LUBANG CACING LOKMAN

"Assalamualaikum class. Grup 4, mana task untuk chapter 3?" Mr Zain memulakan pembuka kata sejurus memasuki kelas.

Aisyah yang sedang tunduk terus memandang Mr Zain. Grup 4, siapa grup 4 yang tak hantar kerja ni? Bebel Aisyah dalam hati. Liyana menolak bahu Aisyah. Aku! Dia terus menegakkan badannya.

"Aisyah?" Aisyah menoleh ke kanan, mencari-cari kelibat Lokman. Mana dia ni? Semua mata sedang tertumpu pada Aisyah.

"Bukan saya seorang je grup 4, Aman pun grup 4 juga!" Dia menjeling panjang ke arah Aman. Tak semena-mena nama Aman di sebut.

"Never mind. Who ever from group 4, add 2 more questions from the text book. Hand it to me by tomorrow. We may start a new chapter today." Mr Zain terus memulakan sesi pembelajaran.

Siap kau Lokman. Aku cari sampai lubang cacing. Mr Zain mengingatkan mereka 2 minggu dari sekarang akan di adakan ujian pertama, chapter 1 hingga 4. Hatinya tidak senang, esok perlu hantar tugasan yang diberi. 3 soalan bukan sikit untuk subjek LAW.

Aisyah keluar dari kelas dengan langkah segera tanpa menghiraukan panggilan sahabat-sahabat yang lain.

"Kau nak cari Lokmankan? Jom, hantar aku balik. Dia adalah tu dekat rumah." Aman muncul tiba-tiba daripada belakang.

"Dia serumah dengan kau ke?" Aman senyum.

"Oh, Myvi merah ni kau yang punya ke. Garang macam tuannya." Aisyah diam. Dia hanya melihat Aman tanpa perasaan. Pintu di buka, enjin dihidupkan.

"Rumah dekat mana?" Soal Aisyah.

"Taman Wira, dekat bandar." Aisyah terus memandu. Taman Wira agak jauh dari kawasan kampus. Aman menunjukkan jalan ke rumahnya setibanya Myvi merah itu di taman perumahan Taman Wira. Dia memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah teres berbumbung biru setelah di suruh oleh Aman.

"Okey, kau boleh panggil Lokman sekarang." Aisyah mengarah. Aman keluar daripada kereta. Dia gelak besar. Aisyah tercengang. Gila budak ni. Bukan nak cakap terima kasih, gelak pula.

"Sorrylah Aisyah. Lokman bukan housemate aku. Kau pandu depan sikit, ada rumah hijau. Cuba kau cari dekat sana. Assalamualaikum!" Aman mengangkat tangan sambil menahan perutnya gelak. Dia hilang dari pandangan mata selepas pintu pagar rumahnya di tutup semula. Aisyah mengetap bibir. Ada juga jantan macamni. Tak faham betul. Aisyah menahan amarahnya.

Aisyah memandu keretanya ke depan sikit. Ada sebuah rumah berdinding hijau. Dia memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan rumah tersebut. Enjin di matikan.

Selang beberapa minit cermin tingkapnya di ketuk seseorang. Terkejut Aisyah.

"Assalamualaikum cik adik manis. Awak ni tengah stalk seseorang daripada rumah teruna-teruna depan ni ke?" Stalk? Eh, tolong sikit.

"Awak duduk rumah ni ke?" Aisyah bertanya.

"Ya. Rumah lelaki-lelaki idaman Malaya. Kenapa?"

"Saya nak jumpa Lokman. Dia ada dekat rumah?" Aisyah memberanikan diri bertanya.

"Lokman?" Lelaki itu tergelak besar. Tak faham, tak faham. Memang orang dekat sini suka gelak ke? Tanya gelak, tanya gelak. Sabar Aisyah, sabar. Aisyah memerhati lelaki tersebut dengan sabar. "Cik adik, kalau awak cari Lokman Hakim, dia dah pindah rumah. Dia dah berambus dari rumah ni." Aman!!!!!!!!!! Hatinya menjerit sakit.

"Tak apalah macamtu. Terima kasih." Aisyah cuba menutup cermin tingkapnya.

"Eh, kejap. Adik ni nama siapa? Boleh minta nombor telefon?" Lelaki! Aisyah terus menutup tingkap dan menghidupkan enjin. Dia terus memandu tanpa menghiraukan lelaki tersebut.

Aisyah memberhentikan kereta di hadapan taman permainan berhampiran. Macamana ni? Ada 3 soalan kena buat. Lokman dah menghilangkan diri. Sekarang tinggal 3 orang. Jadi seorang kena buat 1 soalan. Aisyah mengambil telefon bimbitnya dan mula menaip.

Salam Ina dan Aman. Lokman gagal di kesan. Sekarang ni ada 3 soalan. Minta tolong Ina carikan 3 soalan daripada buku teks, nanti mesej aku dengan Aman kena buat soalan yang mana. Aku dekat luar lagi, nak cari Lokman sampai lubang cacing. Sent!

Sakinah membalas pendek, OK. 

Telefon berbunyi. Aman.

"Kau dekat mana tu? Ada ke Lokman dekat rumah hijau tu." Aman tersengih bertanya.

"Kau ni saja nak main-mainkan akukan?" Terdengar suara Aman tergelak. Aisyah berdiam diri. Malas rasanya nak marah-marah.

"Aku tak tipulah. Aku mencadangkan cari dekat rumah tu sebab aku pernah nampak dia dekat situ. Bukannya aku cakap dia duduk situpun. Aku suruh cari je." Aman berterus-terang."So, sekarang ni kau nak cari dia dekat lubang cacing dekat mana?"

"Entahlah. Balik rumah kot. Tak pun aku tanya Zul, manalah tahu dia tahu Lokman dekat mana." Aisyah memberitahu apa yang terlintas di fikirannya.

"Oklah, selamat mencari lubang cacing." Terdengar gelak kecil di corong sana. Aisyah mendengus. Dia terus mematikan telefon.

Eh, dah mati? Tak bagi salam apa-apa terus matikan telefon. Aman menyambung gelaknya. Dia membaringkan dirinya ke atas katil. Aisyah, not bad, scary but cute. Boleh cuba main tarik tali dengan dia.

-----------

Aman mematikan puntung rokoknya ke dalam bekas rokok berisi air terletak di meja makan hadapannya. Rania menghampiri.

"Hai Romeo, lama ke tunggu?" Rania menegur selepas mengambil tempat di hadapan Aman. Romeo? Boleh tahan juga dapat gelaran tu.

"Bolehlah tahan. Tengah tunggu nak sambut bulan je ni. Manalah tau kot-kot sempat nak sambut sementara tunggu you." Rania tersenyum kecil. Cantik, putih, lesung pipit.

"Dah order?" Tanya Rania.

"Takkanlah I nak order sebelum bertemu dengan Princess? Ladies first right?" Rania ketawa kecil. Aman tersenyum melihat Rania

Malam ni Rania memesan Beaf Steak with Garlic Mashed Potatoes, bunyi macam mahal tapi biasa saja. Aman pula hanya Spaghetti Bolognese. Aman sengaja memandang Rania yang sibuk memotong steak dan menyuap ke mulutnya sedikit demi sedikit.

"You ni datang nak makan ke atau nak tengok muka I saja?" Rania menegur sambil potongan Beaf Steak masuk ke dalam mulutnya. Matanya memandang ke arah Aman. Aman senyum. Payah-payah, kenapa handsome sangat Aman ni? Rania tak keruan.

"Rasa macam dah kenyang pula bila tengok muka you Rania." Suara emasnya sudah keluar. Aman senyum, senyum dan senyum. Rania meletakkan garfu dan sudu. Dia cepat-cepat minum air bali yang di pesan sebentar tadi. Telefon Aman berbunyi.

"Kau dekat mana tu? Dah siap ke kerja yang Ina pesan tu?" Suara Aisyah kedengaran di hujung talian. Kacau daunlah minah ni.

"Dekat luar. Esok aku bagilah dekat kelas." Aman menjawab malas.

"Tapi, esok pagi-pagi lagi sebelum pukul 8 aku nak hantar ke bilik Mr Zain tu. Kelas kita petang esok, nanti lambat." Aisyah bersungguh-sungguh menerangkan. Masalahnya, Aman belum sentuh langsung kerja yang telah diberikan oleh Sakinah.

"Iyalah, malam nanti pukul 1 aku siapkan. Kau datanglah ambil dekat rumah." Telefon mati. Padan muka, siang tadi matikan telefon, sekarang ni aku pula matikan telefon.

Pukul 1 nak ambil? Buang tabiat ke apa dia ni. Aisyah mengeluh kecil. Dia menghantar SMS kepada Aman.

Susah-susah je aku nak datang rumah kau, emel saja dekat aku ya. Nanti aku print terus. Tak payah tulis tangan. Makesure pukul 1 tau, bukan 2 atau 3. Aman membuka inbox, mulutnya miming membaca mesej tu, seperti mengejek.

"Assignment ke?" Soalan Rania mengejutkan Aman.

"Biasalah." Aman seperti tiada mood untuk meneruskan agenda malam ni. Dia menyuapkan Spaghetti Bolognese ke dalam mulutnya.

"Bil please." Aman memanggil pelayan untuk membayar makanan yang dipesan. Dia dan Rania bangun dari tempat duduk dan keluar daripada restoran tersebut. Tiba-tiba Rania memeluk lengan Aman. Eh minah ni, cepat sangat ni dah main peluk-peluk. Komen Aman dalam hati.

"Rania!" Terdengar suara seseorang dari seberang jalan.

"Hai Imun. Kau pergi mana tu?" Jerit Rania. Tangannya masih lagi memegang lengan Aman. Sajalah tu nak tunjuk kawan dia. Perempuan.

Imun, kawan seberang jalan kepada Rania melambai-lambai. "Jumpa esok!" Jeritnya lagi.

"Jom pergi kedai buku depan tu." Aman segera melepaskan pelukan Rania dengan lembut. Rimaslah peluk-peluk ni. Dia berjalan laju ke hadapan menuju kedai buku. Tangannya kembali di masukkan ke dalam poket seluar.

"You ni, laju je tinggalkan I." Suara Rania merengek seperti merajuk.

"Sorry, I teringat nak carikan novel untuk adik I." Aman beralasan. Adik? Kau buat kelakar apa ni. Sejak bila aku ada adik? Adik angkat, bolehlah.

Aman membelek-belek buku di hadapannya. Dia melihat jam di tangan, 9 malam. Ada masa lagi.

"You tak ada nak beli barang keperluan rumah ke? Barang dapur ke?" Aman bertanya.

"Barang dapur? You, pleaselah. I tak masak dekat rumah ok. Itu semua kerja housemate I. Diorang lagi pandai memasak. I ni nak pegang pisau pun takut tau." Suara gediknya menjadi-jadi. Dah mulalah tu. Tak pandai masak? Perempuan tak pandai masak, payah. Aman sangat suka memasak, kalau dapat perempuan tak suka memasak, dialah yang kena jadi househusband? Masak!

"Habistu, apa yang you suka buat?"

"Shopping!" Rania menjawab riang. Kepalanya di lentokkan ke bahu Aman. Aman menjeling ke arah Rania, aroma rambutnya menusuk hidung Aman. Wanginya.

"Ok, times up!" Aman akhirnya bersuara selepas habis membelek buku-buku disitu.

"You dah jumpa ke novel untuk adik you?" Rania bertanya musykil.

"Tak ada yang best. Cari tempat lainlah." Aman senyum memberi alasan.

"Jom." Aman berlalu pergi meninggalkan Rania. Rania mengekori dari belakang. Aman memberitahu Rania ada kerja yang perlu di siapkan dan di hantar pada hari esok. Jadi, dia tak dapat bersama Rania terlalu lama. Rania cuma akur. Aman menghantar Rania pulang ke rumahnya di Taman Teratai, bersebelahan dengan Taman Wira. Rania turun dari kereta dan memberi flying kiss kepada Aman. Aman senyum, nak sambut ke tak nak? Bisik Aman. Dia pun menyambut flying kiss Rania.

Aman melompat ke atas katil. Penatnya layan Rania! Aman tertidur.


Sunday, June 02, 2013

Lafaz Tersimpan (2)

2: MR ZAIN

"Not bad for first impression. We still got time here."

Aisyah terkejut. Dia melihat jam ditangan. Belum pukul 10. Hanya Zaki seorang yang ada di dalam kelas. Dia memandang papan putih di hadapannya. Sepertinya senarai nama pelajar-pelajar kelas ni. Nama dia juga ada.

Aisyah duduk di kerusi baris ketiga dari hadapan sebelah kanan. Zaki pula berada di barisan paling hadapan sebelah kiri.

"Kenapa tak duduk depan sekali?" Soal pensyarah di hadapannya. Scary! 

"Saja." Aisyah menjawab selamba. Dia mengeluarkan note pad dan kotak pensel dari begnya.

"Siapa nama awak?" Pensyarah tersebut bertanya.

"Aisyah. Tu ha, ada dekat depan tu." Aisyah menunjukkan namanya yang sudah tertulis kemas di papan putih. Entah apa nama pensyarah ni, nanti panggil encik, ada doktor, kalau panggil doktor, ada PM, kalau panggil PM ada profesor. Aisyah duduk bersandar.

"Ok, dah pukul 10. Saya akan mulakan kelas." Aisyah tersentak. Dia memandang di sekeliling. Masih Zaki seorang, takkan nak mengajar dua orang saja. Aisyah mengangkat tangan. "Yes Aisyah?"

"Shall we wait for other students?" Aisyah memberi pandangan.

"No. It's already 10 o'clock."

"Then, you should introduce yourselves first before we start the lesson." Aisyah memberi pandangan baru. Pensyarah tersebut diam.

"Ok. My name is Mr Zain Muhammad. You can call me Mr Zain. So, shall we start now?" Zaki mengangkat tangan.

"By the way, did you graduated from UK somewhere? You have British accent sir." Zaki bertanya. Wah, macamtu ke bunyi style orang UK bercakap? Baru Aisyah tahu. Kacak juga Mr Zain ni. Aisyah tersenyum sipu.

"Did you married sir?" Aisyah tanpa segan silu bertanya. Zaki memandangnya. Pintu belakang tiba-tiba berbunyi. Aisyah menoleh ke belakang. Alamak? Ramainya?

"I'm single." Mr Zain menjawab tanpa berdalih. "Ok everyone, please have your seat first. My name is Mr Zain Mohammad. Make sure you are in the right class LAW416. If you are not taking this subject you may out and find your right class." Mr Zain memberi arahan. Tangannya masih membuka dan membelek fail-fail di hadapannya.

"Wei Aisyah." Baizura memanggilnya dari belakang. Aisyah memusingkan kepalanya.

"Apa?"

"Apesal kau tanya Mr Zain dia dah kahwin belum? Tak sangka aku." Eh makcik sorang ni.

"Semua orang dengar ke aku tanya tadi?" Malu pula. Niat hati nak mengisi kekosongan je, alang-alang tak ada orang tanyalah soalan pelik-pelik. Tak sangka, soalan pelik tu betul-betul pelik sebab di dengari oleh hampir semua orang.

"Mestilah. Kitorang ingat pensyarah tak masuk lagi, kitorang ada je dekat luar tadi. Tu yang masuk ramai-ramai." Aisyah memejam mata. Dia mengetap bibir. Hampeh betul.

"Aisyah? Am I at the front or at the back right now?" Aisyah segera memusingkan kepalanya menghadap ke hadapan. Semua mata tertumpu kepada Aisyah. Dia tunduk. Mr Zain ni macam saja nak kenakan dia.

Mr Zain telah menyediakan assignment untuk kelas LAW416. Mereka perlu membentuk 5 kumpulan, bermakna setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli. Setiap ahli kumpulan telahpun selamat di tetapkan oleh Mr Zain sendiri. Senarai boleh tengok di papan putih, terang Mr Zain.

Group 1
Akmar
Baizura
Amar
Farid

Group 2
Atikah
Hana Suraya
Johan
Malik

Group 3
Aliyah
Liyana
Abdul Shah
Haikal

Group 4
Aisyah
Sakinah
Aman
Lokman

Group 5
Mira
Syikin
Zulkarnain
Zaki

Aisyah mendengus kecewa. Kenapa mesti Lokman?

"Lantik ketua kumpulan. Setiap kumpulan perlu hantar pada saya tugasan menjawab soalan-soalan daripada buku teks atau manual setiap kali tamat chapter. Contoh, Selasa dan Rabu minggu depan kita akan habiskan chapter 1. Jadi, pastikan awak pilih satu soalan daripada buku teks atau manual dan jawab. Hantar kepada saya sebelum Selasa berikutnya, iaitu sebelum saya mulakan chapter yang baru. Kalau rasa tak nak kena denda, please do as I said." Mr Zain senyum menyindir.

Jam sudah menunjukkan pukul 12. Mr Zain pergi meninggalkan kelas selepas memberi salam kepada pelajar-pelajar. Tiba-tiba Aman datang dan duduk di hadapan Aisyah.

"Kau Aisyahkan?" Aisyah mengangguk. "Siapa Sakinah?"

"Saya!" Sakinah memusingkan kepalanya memandang Aman. Dia senyum. Aisyah juga turut tersenyum.

"Oh. Nanti kalau nak buat assignment ni bagitahulah." Aman bangkit dari kerusi dan berlalu pergi. "Jom Malik." Malik mengekorinya dari belakang.

"Aisyah." Lokman memanggil Aisyah. Dia melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Aisyah.

"Aku nampaklah. Tak payahlah nak dekat sangat." Aisyah rimas dengan sikap Lokman yang terlalu inginkan perhatian. Dia menjeling Lokman. Kepalanya ligat berpusing, kenapalah satu grup dengan Lokman.

Aisyah bangun dan mengambil begnya.

"Nak balik dah ke?" Hana Suraya bertanya. "Jomlah singgah kafe dulu, lunch sama."

"Okey." Jawab Aisyah ringkas.

-----------

Aisyah menghempaskan badannya ke atas katil. Handsomenya Mr Zain. Belum kahwin, kalau dia syok dekat akukan best? Aisyah tersenyum, hanyut dengan angan-angan. Sudah hampir sebulan dia menyambung Ijazah Sarjana Muda bidang Pemasaran. Oklah, not as bad as I thought, bisik Aisyah. Paling best adalah pensyarah-pensyarah yang handsome dan bujang belaka. Semangat nak belajar ok? Dia tergelak sendiri. Dah terpesong niat belajar.

"Cik kak manis, berangan apa tu sengih sorang-sorang." Terkejut Aisyah dengan sapaan Khairiah, teman sebiliknya.

"Tak ada apalah." Aisyah bergolek-golek dengan bantal panjangnya. Telefon Aisyah berbunyi, mesej.

Jom wayang. Hana Suraya mengajaknya menonton wayang.

Eh, kau pergilah. Aku ada hal kejap lagi. Helah Aisyah mengelak untuk pergi.

Oh ok. Rugilah kau tak ada. Ramai ni classmate join. Hana Suraya cuba memujuk walaupun dah cakap OK.

Wah, bestnya. Maybe lain kalilah. Enjoy! Aisyah membalas. Lantaklah, ramai ke tak ramai ke, malaslah aku wayang-wayang ni. Hangus duit dekat situ je.

"Kak Aisyah, jom keluar makan." Khairiah mengejut Aisyah yang terlelap sejak sejam yang lalu. Mujurlah dia sudah menunaikan Zohor sebelum terlelap.

"Awak belikan sajalah untuk akak, Khai. Macam biasa, ayam kunyit ya." Aisyah hanya memesan. Matanya masih terkatup mamai. Khairiah tersenyum dan berlalu pergi. Enjin kereta kancilnya di hidupkan. Khairiah keluar bersama 2 orang housemate yang lain. Khairiah adalah pelajar tahun satu bidang kewangan, tetapi umurnya lebih muda daripada Aisyah.

Telefon berbunyi. Mesej.

Kau ada rumah ke? Nombor tak dikenali.

Kau ni siapa? Tiba-tiba tanya aku ada rumah tak. Aisyah membalas malas.

Aman. Nak tumpang print. Urgent. Balas Aman. Aisyah terus bangun.

Eh kau ni. Carilah kedai. Kenapa cari rumah aku pula? Aisyah membalas malas. Bengang pula bila masa rehatnya terganggu. Sabar Aisyah, sabar!

Aku dah depan rumah ni. Cepatlah buka pintu. What? Aisyah turun dari katil dah menyelak langsir. Betul, Aman memang ada di luar rumah. Aman dengan Saga hitamnya.

Aisyah segera menyarungkan jubah dan tudung. Dia keluar menyilang lengan.

"Apa benda yang urgent sangat tu?" Aisyah memandang Aman sebelah mata. Bengang.

"Kau tak sempat cuci muka ke nak keluar rumahpun?" Terkejut Aisyah di tegur macamtu. Ada air liur basi melekat ke? Dia mengetap bibir.

"Mana pendrive kau? Folder apa?" Aisyah menghulur tangan.

"Kau bawalah printer tu keluar." Eh mamat ni, banyak cekadak.

"Tak perlu kot. Kau cakap je folder mana, aku print dekat dalam je."

"Folder peribadi, lepastu ada folder kerja. Print semua." Aman menyerahkan pendrive kartun Sponge Bob dia kepada Aisyah. Aisyah senyum. Sponge Bob? So Childish. 

"Duduklah dulu ya." Aisyah hilang dari pandangan Aman.

Beberapa minit kemudian Aisyah keluar dengan membawa beberapa helaian kertas. Dia menyerahkan kepada Aman. Semuanya seringgit. Ada 10 helai, sehelai sepuluh sen. Aman mengeluarkan nota biru, satu ringgit.

"Terima kasih." Aman memboloskan dirinya ke dalam Saga hitam. Tanpa memandang atau mengangkat tangan atau sekurang-kurangnya hon sekali, dia terus hilang memecut Saga hitam tersebut. Whatever. Aisyah membebel sambil menutup sliding door rumahnya.


LAFAZ TERSIMPAN (1)

1: HARI PERTAMA

Siapa tak kenal Aman?

Jejaka yang menjadi idaman setiap gadis. Kata-katanya manis menikam ulu hati. Siapa saja boleh tergoda, bukan dengan sentuhan, bukan dengan pandangan, bukan dengan harta, tetapi hanya dengan bicaranya macam tali di main tarik-tarik.

Itulah Aman, suatu ketika dahulu semasa Diploma. Sekarang sudah sambung Ijazah Sarjana Muda, tak ada seorangpun yang kenal dia - tempat baru. Hari pertama di dalam kelas dia seperti pelajar skema. Pakaian skema, berjalan skema, beg skema, pendek cerita sekali pandang memang budak skema.

Aman duduk memerhati semua orang di dalam kelas. Ada yang dia kenal, tetapi kebanyakannya asing, pertama kali jumpa. Pensyarah masih belum tiba. Aman bosan menunggu. Semua orang di dalam kelas hanya diam, mungkin sebab masing-masing masih belum mengenali diri masing-masing.

Pelajar di dalam kelas Aman tak adalah ramai. Lebih kurang 19 orang semuanya, 10 lelaki dan 9 perempuan. Kelas pertama full attandance, Aman mengagak. Bagus juga budak-budak kelas aku ni. Bisik hati Aman sambil matanya melilau-lilau memerhati ahli-ahli sekelas. Aku kena cari kawan yang gila glamour macam aku. Kena cari yang pandai supaya aku boleh tumpang pandai sekali. Kena cari kawan yang sporting, akupun akan dapat tempiasnya juga. Paling penting, yang rajin buat kerja sebab nanti senang bila satu kumpulan nak buat assignment, walah! Siapa antara ramai-ramai ni yang perlu aku dampingi?

"Assalamualaikum bro!" Seorang lelaki berkulit sawo matang menegur Aman. Aman menyambut tangan lelaki tersebut. "Aku Malik. Kau?"

"Aman." Bajet cool.

"Dulu mana?" Memang bahasa budak sekarang pelik-pelik. Dulu mana?

"Err.. dulu belajar di Kolej." Aman menjawab teragak-agak. Malik menarik kerusi duduk bersebelahan dengan Aman.

"Bro, tengok perempuan paling depan tu. Cunkan?" Malik memulakan perbualan. Aman memandang seorang gadis memakai kurung biru duduk paling hadapan. Rambutnya di lepaskan, lurus ke belakang.

"Entah, aku nampak rambut je. Tak nampak muka."

"Bro, kalau rambut dia cantik, muka mesti cantik juga." Jelas Malik. Aman mengerut dahi. Petua mana pula dia guna ni. Orang burukpun boleh pakai Pantene untuk cantikkan rambutlah. Ada juga mamat macamni. Aman hanya senyum sinis. Malas nak layan.

"Assalamualaikum, tumpang tanya." Malik dan Aman menoleh memandang ke arah suara.

"Apa dia?"

"Ada sesiapa duduk ke dekat sini?"

"Tak ada. Duduk sajalah." Malik memberi jawapan acuh tak acuh.

"Terima kasih. Saya Haikal." Saya? Aman tersengih-sengih. Janggal pula ada lelaki bersaya-saya dengan aku.

"Tak payah nak bersaya sangatlah. Aku Aman, dia ni Malik. Yang dekat depan-depan tu kau tanyalah nama diorang seorang demi seorang." Haikal tersengih mendengar jawapan Aman.

"Pensyarah ni dah lambat 30 minit. Blah jom." Seorang lelaki yang duduk paling hadapan bangun dan memberi cadangan. Namanya Badrul Shah, berlagak macam ketua kelas. Dia ni kawan satu Kolej dengan Aman, tapi tak ngam. Badrul kuat mengarah, macam Kolej tu bapa dia punya.

Aman bangun dan menarik beg galasnya dari atas meja.

"Eh, kau nak pergi mana tu Aman?"

"Ketua kelas kata boleh blah. Aku nak blahlah ni." Jawab aman selamba. Semua pelajar yang lain memerhati gelagat Aman. Bajet cool.

Aman membuka pintu untuk keluar dari kelas, tiba-tiba muncul seseorang betul-betul di hadapan pintu tersebut. Aman tergamam. Gadis itu juga terkejut. Gadis itu membulatkan matanya. Dia melihat jam?

"Kelas dah habis ke?" Soal gadis itu?

"Kau ni tak ada jadual ke? 30 minit lambat. Baik kau masuk, pensyarah dah marah tu siapa tak datang hari ni." Aman menipu. Dia terus keluar tanpa menghiraukan gadis itu. Gadis itu terpinga-pinga. Dia masuk dan melihat semua orang sedang berkenal-kenalan.

"Minta maaf, pensyarah dah keluar ke?"

"Pensyarah? Mana ada masuk. By the way, saya Malik." Malik memperkenalkan dirinya.

"Saya Aisyah. Selamat berkenalan. Saya lambat tadi, tak jumpa kelas. Betul ke pensyarah tak masuk?"

"Betul. Kitorang semua nak balik dah. Petang ni ada kelas, jumpa petang ni." Malik bergegas ke pintu.

"Tapi, tadi.." Aisyah keliru. Maknanya mamat tadi menipulah. Tak guna. Pensyarah tak masuk rupanya.

------------

Aisyah masuk ke dalam kelas. Hanya ada beberapa orang pelajar di dalam kelas. Aisyah mengambil tempat barisan kedua dari hadapan. Dia duduk betul-betul di belakang 2 orang pelajar.

"Hai, saya Hana Suraya." Hana Suraya menghulurkan tangan kepada Aisyah, dan Aisyah menyambutnya, di ikuti dengan Sakinah, sahabat Hana Suraya.

"Dah lama ke sampai?" Aisyah bertanya.

"Baru saja."

"Susah betul nak cari kelas dekat sini. Pening saya." Aisyah meluahkan perasaannya.

"Memangpun. Tadi kitorangpun termasuk kelas lain. Kelakarkan?" Hana Suraya memandang Sakinah sambil tergelak. Mereka sangka mereka berada di kelas yang betul, selepas bertanya pada pelajar yang lain di situ rupanya itu bukan kelas mereka.

Beberapa pelajar lain masuk. Masing-masing memperkenalkan diri. 4 orang sahabat baik yang datang daripada kolej yang sama, Akmar, Baizura, Aliyah dan Mira. Mereka memperkenalkan diri mereka sebagai ABAM. Mereka sangat menjaga kecantikan dan penampilan. Masing-masing mempunyai kecantikan dan gaya tersendiri. Fesyen adalah hidup mereka, kata Aliyah dengan nada gedik dan manja. Aisyah hanya tersenyum mendengar cerita mereka. Menyampahpun ada, tetapi terhibur. Sekali-sekala dapat kawan yang pelbagai apa salahnya.

Aisyah memerhati beberapa pelajar lelaki yang sudah duduk di kerusi masing-masing. Dia cuba mengingati kembali wajah Aman, lelaki yang menipunya pagi tadi. Itupun dia! Baru masuk kelas, panjang umur. Aisyah hanya memerhati, macam skema, tapi macam berlagak je. Mukanya di cemek.

"Aisyah?" Seorang lelaki tiba-tiba menegurnya. Aisyah terkejut.

"Eh, Lokman? Kau pun kelas ni ke?" Lokman mengangguk. Lokman seperti gembira bertemu Aisyah. Aisyah pula tidak suka apabila mengetahui Lokman sekelas dengannya. This is a disaster! Telah Aisyah. Aisyah mengeluh kecewa. Apalah nasibnya bertemu dengan Lokman di sini.

"Aisyah?" Seorang lagi lelaki tiba-tiba menegurnya. Kali ni Aisyah rasa nak pengsan. Adakah dia juga akan berada sekelas dengan aku? Tidak!! Jerit Aisyah di dalam hati. Aisyah senyum kelat. "Sebelah kau ada orang ke?" Aisyah cepat-cepat tarik kerusi di sebelahnya.

"Ada, ada lagi budak perempuan belum masuk. Budak lelaki duduk belah sana. Ni tempat perempuan ya Encik Zulkarnain." Aisyah berdalih. Zulkarnain dan Lokman adalah kawan sekelasnya ketika di Poli. Apalah nasibnya berjumpa Lokman dan Zulkarnain di sini. Aisyah mengeluh buat kali kedua. This is not only a disaster, this is hell! Aisyah terduduk lesu.

Seorang pensyarah mudah tiba-tiba masuk. Dia memberi salam dan terus menulis namanya di papan putih. Puan Fatimah binti Samsuddin.

"Awak semua tahu tak saya akan mengajar subjek apa?" Soal Puan Fatimah berteka-teki.

"HR." Badrul menjawab. Puan Fatimah tersenyum.

"Bagus, saya suka pelajar yang duduk di bahagian paling hadapan." Memangpun. Biasalah, mata bertentang mata dengan pensyarah, siapa tak suka? Boleh bodek pensyarah, boleh bermanja-manja dengan pensyarah, boleh goda pensyarah. Sekejap, goda? Boleh ke? Aman tersenyum. Ok jugakan? Kalau ada pensyarah perempuan bujang mungkin kita patut main tarik tali.

"Awak semua sila periksa betul-betul nama di dalam kedatangan saya ni. Kalau ada kesilapan tolong beritahu saya. Maklumlah, awal-awal ni sistem kelam-kabut sikit." Puan Fatimah menghulurkan kertas kedatangan kepada Badrul. Aisyah memandang kosong. Dia masih lagi rasa kecewa berada di dalam kelas yang sama dengan Lokman dan Zulkarnain.

"Hana, kita ni kelas B kan? Maknanya ada kelas A lahkan?" Aisyah cuba menduga jika ada kelas lain yang boleh di tukar.

"A'ah, memang adapun. Kawan saya ada dekat kelas A tu. Dengarnya kelas A tu budaknya semua skema je. Dengar sajalah tak tahu betul ke tidak. Hari ni kan first day, tak boleh nak agak lagi." Aisyah terdiam. Skema? Bosannya kelas dengan budak skema. Aisyah berfikir.

"Ok semua, class dismissed. Ingat buku teks yang saya pesan, cuba dapatkan dari kedai buku atau senior awak." Puan Fatimah berlalu pergi.

"Jom Aisyah." Zulkarnain mengajak Aisyah. Aisyah terdiam. Bencinya!

"Tak apalah. Aku turun dengan Hana ni. Ada hal sikit nak bincang." Aisyah memandang Zulkarnain dengan pandangan tak puas hati. Sibuk je.

"Zulkarnain tu macam syok dekat awak je Aisyah." Hana memulakan bicara selepas kebanyakan pelajar keluar dari kelas mereka. Aisyah berjalan menuju ke suis penghawa dingin untuk dimatikan.

"A'ah, tapi saya tak sukapun dekat dia. Dia suka ambil kesempatan je."

"Ambil kesempatan? Lain macam je bunyi." Hana mengerutkan dahinya.

"Bukan ambil kesempatan tu. Dia tu dah ada girlfriend tau. Tapi, dia suka menyemak dengan saya sebab konon-konon macam saya ni pandailah. Tapi tak adalah pandai sangatpun. Nak berkepit dengan saya sebab nak ambil hati. Tak best betul." Aisyah akhirnya meluahkan isi hatinya. Hana dan Sakinah tergelak.

"Yang Lokman tu pula?" Lokman tu pula, dia pemalas. Sengaja Aisyah menjawab dalam hati.

"Sama kot macam Zulkarnain tu." Aisyah mencuka. Mereka berjalan ke parkir kereta blok A. Aisyah menekan remote kereta Myvi merahnya. Hana dan Sakinah menaiki Myvi hitam milik Hana. Mereka berpisah di situ.

"Jumpa esok." Hana melambai Aisyah.


LAFAZ TERSIMPAN (Prolog)

Prolog: 4 TAHUN

4 tahun beb, cuba kau faham sikit.

Yang kau tunggu 4 tahun kenapa? 4 tahun tu bersamaan dengan 12 bulan darab 4 tahun, sama dengan 48 bulan. Kau nak aku kira berapa minggu dan hari juga ke?

Serabutlah wei. Aku bukannya sengaja nak tunggu, kecut beb

Lelaki mana boleh kecut. Lelaki kena berani. Lelaki kena yakin diri. Susah-susah je nak tunggu sampai 4 tahun. Confident je lepas 4 tahun semuanya seperti dalam perancangan kau. 

Dia seorang je beb. Kalau dengan orang lain, ayat manis bak madu pun tak ada masalah. 

A'ah, sebabtu sepanjang 4 tahun kau tu berapa banyak perempuan kau dah tukarkan?

Eh? Tak adalah. Pandai-pandai je kau.

Kau ingat aku tak tahu ke? Dia dah cerita semuanya.

Cerita apa ni beb? Tak fahamlah.

Kau tak tahu ke? Selama ni dia memang dah tahu yang kau tu bertukar-tukar perempuan sepanjang 4 tahun ni. 

Alamak. Ya ke? Mana kau tahu? Dia cerita dekat kau ke?

Come on lah beb. 4 tahun dia simpan perasaan. 4 tahun dia periksa background kau. 4 tahun dia tunggu kau luahkan perasaan. 4 tahun beb?! 

Serius ke?

Kau cerita apa ni? Aku agak sajalah. Kalau tak takkanlah dia tahu semua benda pasal kau.

Ceh, kau ni main agak ikut suka je. Aku tengah frust gila ni. Mana nak letak muka ni entah.

Apehalnya? 

Aku melamar dia semalam beb. Semalam! Malu siot!

Hahahaahahahaha! Ini sumpah kelakar!

Kau gelak? Kau gelak? Aku macam nak mati tahu, nak mati petang tadi. Tak boleh tahan, aku blah.

Itu aku tahulah. Selepas 4 tahun baru kau nak melamar? Kau buat lawak antarabangsa ke? Kenapa tak tunggu 6 tahun lagi? Bagi cukup 10 tahun baru melamar.

Lawak bodoh apa kau buat ni? 

Kau menyepi lepas habis belajar. Sekarang kau datang untuk melamar? Tanpa selidik keadaan dia dan kehidupan dia? Ini lagi bodoh!

Kau datang bukan untuk tenangkan akukan? Kau datang nak mencetuskan lava je! 

Musykil. Sejak bila kau suka dia? 4 tahun yang lepas?



Saturday, June 01, 2013

Ingin Kembali

Dan sekian kali
sekelip mata berubah
tiada lagi buku
tiada lagi pena
tiada lagi guru
tiada lagi kata.

Segulung ilmu,
akhirnya digenggam
bangga menujah angin
'akhirnya aku berjaya'
- sorak.

Dan hari ini
fail-fail bertebaran
nota-nota memeningkan
dokumen semakin menebal
dateline berpanjangan
cadangan diperlukan
bos-bos berang tak tentu pasal.

Hai lah,
rindu pada buku
rindu pada pena
rindu pada guru,
dan bebelannya.
Tolong, putarkan waktu itu.

Kay
Kota Samarahan
2/6/2013 @ 00:02

Friday, May 31, 2013

Ilusi Cinta


Aku memendam rasa
menyimpan kasih tersulam
biar hati berdetak laju,
aku diam, membisu.

Tika hari itu,
hujan membasahi bumi
katanya rindu,
katanya sayang,
hajatnya bersuara
- aku terima.

Sejak penyatuan itu,
dirinya ceria, pendampingku.
Hari-hari penuh jenaka,
saban hari berjuta cerita,
senyum terukir tawa gembira
aduhai, leka terasa.

Aku masih disini
menanti diari hidupku pulang
telinganya masih setia
lidah ini sebagai teman
siang malam tiada jemu
walau kisah berulang seribu.

Anganku beterusan
igauku berkhayalan
cinta ilusi si jejaka,
hanya hidup dalam bayangan
merasuk diri menerjah fantasi
pada cereka tanpa kepastian.

Kay
Batu Pahat
29/6/2011 @ 00:58

Berakhirnya Cinta


Aku kaupinggirkan
menongkah arus bersendiri
kau buang cintaku ke tepi
apa silapku, kau membenci
tanpa bicara.

Tika namaMu bergema
disambut makhlukMu
kusedar, rancangMu luarbiasa.
Doa yang tiada putus
terjawab, sungguh kuasaMu.

Aku kembali bertamu
cinta selamanya
tidak pernah padam,
tidak pernah hilang
ayahanda tetap berkeringat
bonda kekal tersenyum.

Ya Allah, satukan kami.
Seribu sesal menghadapku
menggenggam erat jemariku
memohon ampun kesalmu
menangis empati dariku,
jangan pergi lagi -bujukmu.

Hari ini, kita bersatu
berjanji tiada dusta
berpegang tali yang sama
hanya Allah tempat berpinta
sungguh Dia, pembawa kegembiraan.

Manusia alpa, leka
cinta manusia tiada selamanya
kita resah - kau kesah, aku gelisah
sesungguhnya, mati itu pasti.
Hatiku tiada sedia
berita kepergianmu tak kuduga
raungku, gelojoh menerpa kamarmu
kau kaku, disitu.

Istighfar, pesanMu.
Cintaku terpesong
Kau tidakku dahulukan
sedang dia aku ratapi
bagai seluruh jiwaku pergi
mati bersama jiwanya,
sedang Kau, masih disini
menanti doaku, buatnya disana.

Kay
Batu Pahat
22/5/2011 @ 02:11

Hapuskan Silam

Selama aku bernafas dalam mimpi
kisah itu berbunga mekar
biar realitinya pahit
sepahit hempedu bermadu
agar, seribu duka itu pergi
agar, warna-warni sang pelangi
terhias indah dikalung hati.

Tatkala jaga menjengah tiba
hujan menghias jendela
siapa bisa menolak
rahmat Tuhan seluas lautan
dan, biar tangis itu mengiring
bersama dosa-dosa lalu.

Sunyi, peneman setiaku
walau gelap pendamping sunyi
cemburuku tidak tewas
hanya kerana malamku milikNya.
Sunyi dan gelap, pembawa berita
menjadi saksi hari ini
aku berjanji, berjanji dan berjanji
tiada lagi kisah itu.

Kay
Batu Pahat
20/5/2011 @ 23:43

Izinkan Aku

Izinkan aku keluar
Izinkan aku bersuara
Kesan sebak.

Izinkan aku menangis
Untuk sekian kali
Izinkan aku menguis
Perasaan lampau.

Kay
3/3/2011

Sepi

Hari ini aku duduk dengan sepi
Tanpa sepi, tiadalah rindu
Sepi menegur
Jumpakah pada rindu?
Aku bertanya, siapa rindu?
Atau, apakah rindu?
Barangkali, rindu siapa?


Kay
26/2/2011

Hidup Beralasan

Kau hadir dan kau pergi
Kau ceritakan dan kau tinggalkan
Kau mahu tapi taknak
Kau suka tapi elak
Kau gembira tapi sedih
Kau cuba tapi tak usaha
Kau sebenarnya begitu..
Dan tetap begitu..
Kau akan tetap begitu..
Selagi kau beralasan.


Kay
25/5/2011

Aku dan Masa

Masa, izinkan aku bicara sebentar.

Tidak, tiada masa untuk bicara.
Tiada masa untuk fikir.
Cukuplah soalkan dirimu.
Banyak lagi perihal lain.

Bagaimana bisa?

Solat sunatmu bagaimana?
Bacaan Al-Quranmu dimana?
Maathuratmu entah bila?
Tahajudmu kemana?
Usrahmu longlai benar.
Aku tidak sanggup
membenarkan waktu baziranmu.

Aku laksanakan.
Cuma kurang, tetapi masih!

Tidak cukup!
Jangan gunakan aku untuk ini.
Aku mahu dipenuhi dengan ibadah.

Bukankah bicaraku ini ibadah?
Andai saja bermanfaat.

Tidak, bicaramu sia!

Siapa kau berani menghukum!

Aku masa.
Aku juga makhluk.
Aku tidak perlu menghukum.
Aku biasa hidup tanpamu.
Tapi kamu, hilang arah tanpaku.

Berani.

Kerana kebenaran.
Maafkanku, aku yang tidak membenarkan kamu.
Aku juga yang memendekkan masamu.
Akulah yang menutup pintu-pintu lalai.
Supaya kamu, tidak perlu bicara.
Soal kamu lagi.

Insyaallah.
Sampai waktu, aku benarkan.
Aku izinkan kamu menggunakan aku.
Untuk dimanfaatkan disini.

Kay
9/6/2010

Suram Yang Sepi

Suramnya
Terasa hilangnya seri
Walau dulu jauh
Kini semakin menjauh
Simpankan sepi itu
Biar senyum menghias
Agar duka terasa manis.

Diamnya
Menjadi-jadi
Pilu hati ternanti-nanti
Tetap hati menahan diri
Tiada derai lagi
Tiada sangkaan lagi
Kerna ilusi itu penyakit hati.

Kay
Segamat
29/11/2011 @ 15:51

Kasih Dipinggiran

Bila susah
Bila resah
Bila kesah
Kitalah yang dicari
Tak kira petang ke pagi
Asal ada penghibur hati.

Bila suka
Bila bahagia
Bila indah terasa
Kita luput diingatan
Tiada langsung khabaran
Jauh sekali berutusan.

Mungkin kita ini bisu
Tapi masih ada perasaan.

Mungkin kita ini pekak
Tapi masih punya perasaan.

Mungkin kita ini cacat
Tapi masih bisa perasan.

Kasih manusia sering dipinggirkan
Kasih tuhan tetap berkekalan
Itulah dia, kasih yang diucap
Hanya sedikit perhiasan
Buat mereka yang berperasaan.

Kay
Segamat
19/12/2011 @ 01:49

Ajak Bukan Sesaat

Hari ini
Tiada sudah ke hari esok
Tiada mula keesokan
Tiada tamat hari ini
Untuk kesekian kali
Kita terus leka mengejar
Membayar kata-kata
Yang tiada hujungnya.

Dan esok
Wajib kita lalui
Walau tiada ingin rasa
Sunnah alam lagaknya
Tiada henti tiada ketepi
Adil tuhan tetap saksama.

Esoknya lagi
Kita menghukum lagi
Lagi dan teruskan lagi
Biar puas menoktah diri
Walau tiada pasti
Hanya senyum berpuas hati
Melihat rana si pemerhati
Drama semakin menjadi.

Dunia tiada selamanya
Nyawa jasad sementara
Putus uratnya, putus jua amalnya.

Tika itu, baru kusedar
Amalan tak cukup k e syurga
Bekalan takat sirah mustaqim
Tapi ajal menuntut tanpa saat.

Kay
Segamat
1/12/2011 @ 01:57

Kuasa Maya

Bicara luka itu
Membawa aku hilang
Hilang dalam damai
Bersama caci-maki
Yang tak pernah surut.

Demi suara disini
Aku luahkan maya
Bukan merintih meraja
Tiada aura neraka
Tapi benar melata
Kerana benar buat yang benar.

Tuduhan bergema
Mencari silapmana
Meratah kuasa maya
Bersembunyi tangan mugil
Kerana panah terkena
Longgar segala rongga.

Bisikan api itu
Tiupkan nafsu itu
Bakarlah omongan baru
Agar kelak, kau bisa mencanang
Bukan salahku.

Kay
Segamat
30/11/2011 @ 15:58

Friday, October 06, 2006

Ajal Tiada Waktu

Petang damai itu, Hazrina mengorak ke luar rumah seorang diri. Ibu kata, bukalah bersama mereka di rumah pak cik Azman. Di sana boleh bertemu dengan ahli-ahli jemaah yang lain. Rasa jarak pertemuan yang terakhir agak lama dahulu. Namun hatinya berkeras untuk mengangkat kaki berkumpul di dalam restoran mewah bersama rakan sejawat.

"Tak apalah ibu, minggu depan masih sempat untuk jumpa. Mereka akan berkumpul kembali bukan?" Hazrina memberi salam dan menutup pintu tanpa sempat mendengar jawapan dari ibu.

Belum pun sempat Hazrina melabuhkan punggung di atas kerusi empuk kereta wira berwarna biru tua itu, telefon bimbit berdering mengenakan ringtone nasyid Balqis dari UNIC.

"Ya? Baru hendak bertolak. Akan sampai dalam beberapa minit, insyaallah." Mati.

Hazrina tidak sabar rasanya untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan sejawat. Dia tidak pasti mengapa keinginan itu bertambah-tambah apabila mereka ingin kenalkannya pada seorang jejaka yang bekerja di tempat yang sama, cuma lain jabatan sahaja. Kacakkah dia? Kata hati kecil itu.

Kereta wira itu berhenti di selekoh bangunan tuisyen PMR Jalan Melawati. Niat di hatinya ingin mencari sesuatu sebagai buah tangan kepada rakan-rakan yang lain untuk di nikmati sebagai pencuci mulut di akhir juadah berbuka nanti. Sudah tentu caramel berperisa toffin menjadi kegemarannya untuk di kongsi bersama. Malangnya kedai Trisha Dessert tidak di buka hari itu. Terpaksa menyinggah di kedai buah-buahan berhampiran dan membeli buah anggur berwarna hijau sebagai buah tangan.

"Tak standard sungguh makan buah anggur." Dengusnya. Entah mengapa hatinya semakin hari semakin lupa harga diri yang di beri Tuhan. Apa yang memakan kebaikan hatinya pun tidak siapa yang mengerti. Sepatutnya bulan puasa beginilah nafsu jahat perlu di didik, bahkan syaitan juga tidak mampu untuk membantu.

Di perkarangan Restoran Berlian, Hazrina mencari tempat untuk meletakkan keretanya. Agak penuh. Barangkali ramai yang memilih tempat ini sebagai medan menyental makanan selepas seharian berlapar dan dahaga dari bermacam benda. Dia keluar dari kereta dan menuju ke pintu masuk. Dari jauh sudah kelihatan Linda melambai tangan memanggilnya ke situ.

"Hai, sorry I lambat."

"Tak apa. Jefri dan Steph juga belum tiba lagi. Kenalkan ini Zakrul."

Zakrul menghulurkan tangan. Hazrina ragu-ragu kerana itu tangan lelaki ajnabi. Ah, pedulikan -suara hati. Di sambut tangan tersebut dan memberi senyuman paling manis buat seorang jejaka di hadapannya yang di rasakan cukup kacak di mata kasarnya.

"Hai, sorry kami lambat."

Tangan Jefri menyentuh lembut bahu kiri Hazrina. Terkejut di buatnya. Hatinya berdebar-debar. Terasa kurang selesa dengan suasana campur dan bebas ini. Ah, tidak mengapa. Ini pertama kali dan sudah tentu inilah masanya untuk belajar dunia mereka. Gasak hatinya lagi.

Jefri dan Steph mengambil tempat berhadapan dengan Linda dan Harith. Manakala aku duduk berhadapan dengan Zakrul. Waktu berbuka tiba. Tidak seorangpun cuba membaca doa buka puasa, apatah lagi doa makan sebagai pembuka. Apalah yang pelik sangat agaknya, bukankah itu dunia mereka? Pujuk hati Hazrina langsung menjamah kurma di hadapannya. Malam itu, mereka makan, bergelak tawa, berborak sehingga usainya maghrib untuk hari itu. Dia terlepas solat. Tersedar ketika melihat jam di tangan sudah hampir pada 9 malam. Lama juga mereka berbual kosong, apa yang dia dapat?

Mereka bersurai. Zakrul memimpin tangan Hazrina menuju ke kereta wiranya.

"Mungkin kita boleh keluar lagi di waktu lain?" Tanya Zakrul.

"Boleh, apa salahnya." Jawab Hazrina malu-malu dengan ajakan tersebut. Pipinya berubah merah, kelihatan terang di bawah cahaya bulan.

Tanpa amaran, Zakrul memberi kucupan di pipi. Terkesima. Dia meminta izin untuk pulang. Kereta wira itu bergerak. Zakrul melambai.

Hazrina bagai hilang kawalan. Dia terpukau. Dia mengigau. Dia berkhayal. Dia jatuh cinta? Sedari tadi bibirnya tidak hilang ukiran senyum itu. Entah ke mana mindanya menghilangkan diri. Cahaya putih tiba-tiba muncul di hadapan. Segalanya putih. Putih tanpa hitam. Hazrina tersedar, jantungnya sedang di berhentikan.

Tuhan memberinya peluang untuk bernafas. Hazrina sedang bermimpi di siang hari.

"Aku sangkakan ajal aku sudah tiba." Mukanya pucat. Mulutnya beristighfar.

"Mimpi apa?" Soal Linda sambil menutup al-Qurannya setelah usai di baca.

"Sudah tentu kau tidak mahu mendengarnya."

Sunday, September 17, 2006

Siapa Lagi Tinggi?

Aku sebenarnya nak kata sesuatu yang mungkin tak sesuai untuk aku perkatakan. Apatah lagi, aku ni hina lagi di hinakan. Kita sama, aku tak baik sama macam kau, atau mungkin kau lebih baik dari aku.

Apa dia?

Aku tengok kau enjoy beri tubuh kau dekat pakwe kau. Best ke?

Cinta punya pasal.

Cuba satu hari nanti bila dia ajak kau buat lagi dan kau tolak, apa dia akan kata?

Mesti dia merajuk, tak puas hati dan marah-marah.

Kau buat apa?

Nak buat apa lagi? Bagilah apa dia nak.

Kalau kau bela kucing jantan. Kau sayang gila kucing tu. Satu hari ni, kucing ni tunjuk dekat kau anak-anak dia dengan 'isteri' dia. Dia tunjuk sebab dia nak anak kucing tu, nak baham anak-anak dia tu. Sedangkan anak-anak tu baru je lahir beberapa hari. Adakah kau akan ambil anak kucing tu dan bagi pada kucing jantan kau tu?

Kau gila?

Yelah, dahtu malam tu pula kucing jantan kau tu merayu-rayu, bisinglah rumah kau dengan suara dia nak anak-anak kucing tu. Adakah kau akan biarkan dia merayu-rayu, buat tak tahu, marah atau kau ambil saja anak-anak kucing tu dan beri pada kucing jantan kesayangan kau tu?

Buat tak tahu je. Kesianlah anak kucing tu.

Tapi kau tak kesiankan pun tubuh kau di sentuh pakwe kesayangan kau? Lelaki yang merajuk sebab kau tak bagi tubuh kau. Kau sanggup serahkan tubuh kau untuk pujuk dia, sedangkan kau boleh buat tak tahu saja dengan sikap dia dan ajar dia sikit sebab tak hormat keputusan kau. Kau lebih hormat binatang dari manusia, adakah kau lebih rendah darjat dari binatang?

Saturday, September 16, 2006

Tudung Empat Musim

Tak panas ke ko pakai tudung?

Entah, macam tak je.

Aku tengok pun rimas.

Oh, pakai tudung nie kalau dah biasa tak rimas dah. Lagipun sesuai untuk semua musim, dari winter, fall, spring dan summer. Fuh, sungguh perfect.

Ya ke? Apa advantage nya?

Oh senang je. Masa winter, semua orang perempuan yang tak bertudung sibuk pakai snow cap macam lelaki, sebab nak tutup telinga dari di masuki angin atau salji. Lepastu perlukan mafla, untuk tutup leher. Nah, kami yang bertudung dah siap semua tu. Tak perlu bazir duit lagi beli benda-benda tu.

Masa fall, daun asyik jatuh je dari pokok. Berguguran macam cerita Autumn In My Heart tu. Masa ni cuaca agak sejuk-sejuk juga, tapi hasil dari angin. Jadi sejuknya tak memerlukan topi salji macam winter tu. Cumanya, rambut kita nanti pasti akan bersangkut-sangkut dengan daun-daun yang di tiup angin tu. Yang dari lantai naik ke rambut kita, yang dari ranting pokok, berguguran atas rambut kita. Tapi kita tak sedar. Nah, kami bertudung dia tak boleh nak sangkut sangat. Sebab tudung kami macam orang botak. Jatuh sehelai atas kepala, tergelongsor mengucup bumi.

Masa Spring anginnya agak kuat, lebih kuat dari fall. Jadi, yang tidak memakai tudung sudah semestinya rambutnya terbang menerbang, kadang-kadang nak bercakap pun susah, sebab rambut sehelai dua helai termasuk dalam mulut masa tengah bercakap. Kesian, tangan dan jari jemari perlu bertindak untuk menahan dari rambut-rambut tu dari terbang melambai-lambai mengikut tarian bayu. Nah, kami yang bertudung sudah di selamatkan dengan tudung. Tudung yang berterbang itu kesilapan masing-masing, pakailah kot untuk alas tudung yang pendek dari terbang. Kalau taknak pakai kot, pakailah tudung yang besar sikit, insyaallah selamat.

Masa summer memang panas. Panas gila. Tetapi, panas summer juga mampu merosakkan rambut kita mengikut beberapa kajian (cewah). Biasanya waktu tengahari, vitamin dari cahaya matahari yang straight menegak atas kepala tu tidak elok untuk kulit dan rambut. Sebab itu tengahari masa summer di sini boleh di katakan lengang juga. Mereka terpaksa bersembunyi dalam rumah, sedangkan wanita muslim sudah tutup semuanya. Dari kepala sampailah ke badan semuanya di alas dengan kain yang sesuai untuk musim panas yang Maha Panas ini. Nah, satu lagi keistimewaan kita bertudung. Menyelamatkan dari kerosakan rambut.

Minah salleh yang berambut perang tu pun mengangguk-angguk dan impress dengan jawapan aku. (Cerita tipu je). Moga minah-minah solehah yang sudah mengucap dua kalimah syahadah setiap kali sembahyang, dapatlah sekiranya anda menutup aurat anda kerana Allah swt ajarkan kita begitu. Malu rasanya menutup aurat sepenuhnya masa sembahyang saja, tapi di luar taknak tutup aurat macam dalam sembahyang. Jadi, apakah Allah hanya melihat semasa kita sembahyang saja?

Terkadang Terasa

Kadang kita malu
untuk meluah cinta
takut tak kesampaian
di temukan pada hulunya.

Kadang kita gigil
untuk menyentuh rindu
takut jemu bertandang
dan kebah di pertengahan.

Kadang kita degil
untuk melunakkan sayang
kerana ayat itu tiada noktah
puitis di penghujung masa.

Kay
20 Jun 2006
Loughborough, UK

Wednesday, September 13, 2006

Cinta Yang Pergi

Tunduk lesu
tika dia menolak
awan sudah memberat
menggendong air
yang makin sarat
bakal tumpah
seminit itu.

Dalam paksa
menggasak akur
tiap bibit keputusan
yang meluntur laju di bibir
cekap pada bahasa ibunda
sayup-sayup berkata
muktamad.

Sergah iman pada hati
jangan menangisi lagi
cinta tidak terburai
tidak menghilang
jika di pelihara
sesuci mahkota
bersih dari debu
kilat sepanjang masa
jangan -jangan manjakan
nafsu yang miang mengejar.

Kay
Loughborough, UK

Bumi Asing Itu

Kabus udara, desir angin
bermain jentik
pada memulit
nan halus,
sebatan salju itu.

Ramah puntung-puntung
sang manusia
bermata biru, blondekulit putih
kemerahan bergebu
menyentuh pipi.

Senyum, dan senyum
bersambut
hello, sapa suara itu
masakan tidak, mencapai
igauan semalam
jatuh cintakah aku?

Dan di sini,
berputik cinta sepi,
yang beku
bahkan kaku
di bumi kelahiran;
beda, cinta berontak
menagih maghfirah
di bumi asing ini.

Kay
13 September 2006
Loughborough, UK


Sunday, September 10, 2006

Jangan -Jangan Berhenti

Jangan di tanya lagi
takut nanti tak menjadi.
Oh, aku ingin pergi,
pergi dari sini.
Pergi jauh-jauh,
dari dunia fantasi.
Jangan, janganlah berlari,
takut aku tertinggal seorang diri.
Oh, jangan berhenti.

Kay
10 September 2006
Loughborough, UK

Dunia Yang Berbolak

dunia sudah songsang
perang bagai lesu
laungan persis nyanyian
berlagu sendi
menyemarak lagi
hibur-hibur duniawi.

tika mata-mata itu
mencuri masa
mengagih agenda
media semasa -sibuk
kaut untungan kita,
dan kita, merana
di sekat wang-wang kertas
tanpa sedar
kerana si 'dia'.

persandingan yang bahagia
pertunangan yang gelora
dari 'dia', mengharap simpati
bantuan media
yang gah kononnya
bagai hilang maruah
tak berguna, itulah 'dia'
artis kita.

kay
7 september 06
loughborough, uk
 

Blogger news

Blogroll