Tahi Burung
Ketika, kau lalui jalan itu
lapang; tanpa ragu.
Ketika, kau langkah tahi anjing
lega; masih wangi.
Ketika, kau menjejak pintu itu
'sial!'; tahi burung.
Kau marah, menyumpah.
Sedang, tahi Israel bertebaran
dari udara meletus ke darat,
kecai tubuh Palestinian
anak kecil menangis
sang ibu terus merintih
mujahid ayah, terlantar bersenjata.
Dan mereka, terus menahan sakit
dari tahi-tahi Israel.
Dan kita, terusan menyumpah
dari tahi-tahi burung
yang menetes hanya setitik
tanpa kehilangan nyawa
atau darah.
KayJ
10 Julai 2006
Loughborough, UK
Monday, July 17, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment