Jika negara kamu di serang, kau sedar
anak-anak kamu menjerit
isteri kamu merintih, orang tua kamu trauma
tidak ada jalan pulang
dan pasti perasaan kamu terseksa
peluru-peluru bagai hujan
graviti menarik menyerang tanah
yang di jalanan menjadi mangsa
musnah, mati dan koma.
Itu kata Israel, di serang kecilan
kata itu umpama menghempas kepalanya
yang buta, buta hati pada benar
pada Palestinian mereka menguji
berjuta kami terbaring kaku
tanpa nyawa, jasad yang kecai
dan mereka masih menghunus jari pada kami
kerana berpuluh rakyatnya musnah
berbanding jutaan kami, syahid.
Hari ini, serangan demi serangan
masih menghantui dunia
suara-suara letupan menyentuh gendang
mencarik hati-hati milik Islam
dan hujan-hujan doa masih di harapkan
pada kemenangan kaum Muslimin.
Kay
Loughborough, UK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




1 comment:
salam~
lama tak ketemu..
nice..i also post the the same thing about israel..i like the poem!!
cheers!
Post a Comment