Pages

Labels

Sunday, July 09, 2006

Cerpen: Ilusi Nyata

Ilusi Nyata
Oleh: Kay J

Ganggang telefon aku letak. Jam di dinding menunjukkan pukul 6 petang, atau perkataan evening lebih sesuai di gunakan kerana bulan telahpun bekerja meminjam cahaya dari matahari. Aku persiapkan diri, ingin kelihatan cantik kerana kami akan keluar meraikan kecemerlangan Georgia dalam subjek Chemistrynya dalam GCSE yang kami duduki beberapa bulan yang lepas. Aku bergegas ke bilik air untuk solat Isyak sebelum keluar dari rumah.

Selesai bersolek ala-kadar, aku segera ke muka pintu dan menyarung kasut adidas kesayangan. Sesuai dengan jeans yang turut berpasangan dengan baju fit jenama Playboy dan Jacket Jeans yang muat-muat dengan tubuhku. Seperti biasa juga tudung perlu bersesuaian dengan pakaian yang di kenakan. Tudung yang berjuntai di sebelah kanan di pinkan ke bahu kiri manakala yang kiri di temukan pada bahu kanan. Nampak lebih molek. Pakaian begini memang bersesuaian dengan suasana di sini, yang keseluruhannya adalah kebaratan. Apatah lagi sahabat-sahabat yang lain juga bukan dari keturunan Islam, bahkan pakaian mereka lebih menjolok berbanding aku.

Tanpa membuang masa aku berjalan pantas menuju ke Sparrow Hill di mana kami telah bersetuju untuk berkumpul sebelum bergerak ke perkarangan Fun Fair. Tiba di sana masih tidak kelihatan sesiapa dan aku bersendiri melayan kerenah angin yang sekejap deras, sekejap lembut. Di pagar berhampiran aku sandarkan tubuh ini. Kasut adidas berkuis-kuis di atas tanah, dan aku hanya memandang khayal dan leka. Di mana mereka yang lain? Sudah lewat 10 minit masih tidak kelihatan. Aku semakin bosan menunggu. Adakah mereka telah pergi dahulu sebelum aku? Adakah aku yang terlewat pula? Aku selok poket kiri dan kanan jeans tetapi telefon bimbit tidak bersamaku. Tertinggal. Aku pasti, ianya masih berada di atas katil dan tidak di ambil. Aduh, apa malangnya nasib aku hari ini.

Cahaya bulan hari ini agar terang, dan sungguh mudah aku lalui lorong-lorong gelap di sini. Aku berjalan menuju ke satu lorong berhampiran. Lorong tersebut adalah tempat kami bersantai selepas pulang dari sekolah. Barangkali mereka di sana menunggu aku. Cahaya bulan memandu aku ke arah tersebut dan terang-terangan tiada siapa di situ melainkan seorang lelaki yang kelihatan tubuhnya sahaja. Dia berselindung di sebalik cahaya bulan. Aku tidak nampak jelas wajahnya, tidak langsung. Hanya kelihatan tubuhnya yang agak tegap. Aku bersandar di dinding. Hati aku berdegup kencang kerana gundah jika lelaki tersebut akan mengapa-apakan diri ini. Tetapi, aku cuba tidak endah akan kewujudan lelaki tersebut, bahkan dia juga hanya berdiri di situ tidak berbuat apa-apa. Hairan juga manusia begitu, hanya berdiri tanpa tujuan? Sekurang-kurangnya aku punya tujuan menunggu sahabat yang lain. Mungkin dia juga sedang menunggu seseorang.

5 minit kemudian lelaki tadi berjalan mundar-mandir. Aku cuba mencuri pandang aksi-aksi yang di pentaskan di bawah langit gelap ini. Sepuntung rokok di keluarkan dari kotak rokok yang aku sendiri tidak pasti jenama apakah yang tertera. Kotak mancis juga di keluarkan untuk menghidupkan api rokoknya. Jarang sekali orang menggunakan mancis, kebanyakannya lebih mudah menggunakan pemetik api. Asap berkepulan menerusi hidung dan mulutnya. Wajahnya kelihatan samar-samar ketika dia mundar-mandir. Di mana rakan-rakan yang lain? Apakah mereka sudah lupakan aku? Terpaksa pula aku duduk di sini menanti kalian sambil menjadi penonton tanpa sengaja lakonan si pemuda itu.

Seraya muncul bayang seseorang melalui lorong tersebut. Gelap. Yang terang hanyalah kain putihnya. Ya, dia berkain. Bermakna dia seorang perempuan. Adakah salah seorang sahabat aku? Lelaki tadi pada mulanya memandang juga ke arah bayang tersebut, kemudian segera bersembunyi dan bersandar di balik pohon berhampiran. Janggalnya sikap lelaki begini. Siapa wanita itu akhirnya terjawab apabila cahaya bulan memancar tepat mengenai tubuhnya. Tidak, aku tidak kenal. Dia berjalan lembut menuju ke arahku. Dia bertudung litup, hitam dan berbaju hitam sempurna dan kainnya labuh dan longgar berwarna putih. Ayu, sangat ayu. Malunya jika di bandingkan dengan pakaian aku yang kurang sopan di pandangan orang-orang mukmin sepertinya. Aduh, sedar pula. Dia tunduk, tidak nampakkah aku di sini? Aku memberi salam, dia tidak menjawab dan terus menunduk. Ah, sombong. Pakaian saja elok, salam tidak mahu pula di jawab. Pura-pura dengan pakaian, benci.

Aku menyepak batu kecil yang tersadai di hadapanku sejak tadi. Rimas menunggu lama begini. Perlu ke aku pulang ke rumah atau teruskan juga niat ke Fun Fair walau bersendiri? Keliru juga aku. Bagaimana ingin ke Fun Fair berseorang diri? Takkan nak ajak pemuda yang ganjil sikapnya ini untuk temankan aku? Ah, mana mungkin. Aku tidak kenal siapa dia. Biar aku tunggu untuk beberapa minit lagi. Mungkin mereka ada hal dan cuba menelefon aku, namun gagal di jawab. Telefon bimbit berada di atas katil. Ya, dia ingin jadi seperti tuannya, tidur 24 jam di atas katil tanpa hiraukan waktu di luar.

Tumit kasut seseorang menyentak aku. Itukah Lisa? Lisa sangat gemar memakai tumit tinggi. Aku memandangnya dari jauh. Lelaki tadi juga begitu. Barangkali dia juga mengharapkan seseorang yang sedang di nantikan dari tadi akan muncul. Asap? Lisa tidak merokok. Tidak! Rakan-rakan aku tidak pernah merokok. Itu bukan Lisa! Positif, bukan Lisa. Tubuh itu kelihatan juga akhirnya. Aduh. Kain pendek yang lekap menutup punggung itu sangat menjolok mata. Bajunya juga boleh tahan seksanya. Seperti bercoli gayanya, tetapi lebih bergaya dan sesuai untuk di tonton umum. Rambutnya di lepaskan beralun di permukaan wajah dan lehernya. Panas. Wajahnya agak cantik dan mekapnya sungguh kemas. Bisa memikat hati sesiapa sahaja. Asap berkepul-kepul keluar dari mulut dan hidungnya.

Pemuda tadi menghampiri gadis itu. Mereka berborak-borak sebentar. Aku tidak nampak apa yang berlaku. Cuma beberapa perbualan yang berjaya telingaku curi bersama dialek Scottish dari perempuan itu.

“Kamu ada pemetik api?”

Ada. Kamu merokok?”

“Ya.” Kedengaran pemetik api di petik beberapa kali.

“Terima kasih. Mahu ke mana?”

“Ke rumah kawan. Kami ada pesta malam ini.”

Pesta apa yang menarik sangat?”

“Kecil-kecilan saja. Gajiku naik semalam. Sangat seronok.”

“Oh. Tidak mahu berpesta denganku?”

“Maksud kamu?”

“Gurau saja. Mari, saya ada sesuatu ingin tunjukkan pada kamu.” Kedengaran mereka berjalan menjauhi kedudukan aku. Barangkali mereka pergi ke tempat yang lain.

Tiba-tiba aku mendengar perempuan tadi menjerit. Jerit meminta tolong. Aku semakin takut, aku berlari anak ke arah suara berkenaan. Tetapi aku tidak jumpa. Di mana mereka? Suara masih kedengaran. Benar, di sini. Di tempat aku berdiri, tetapi mereka di mana?

“Sakit! Tolong jangan apa-apakanku! Kamu ingin wang? Aku ada wang. Lepaskan aku! Aku merayu!”
Sekejap suara tangan melempang pipi gebu membayangi benakku. Pipi mulus perempuan tadi barangkali bertukar merah setelah di kerjakan lelaki sial tadi. Aku pasti, lelaki tersebut cuba merogol perempuan itu. Suara-suara sudah hilang. Sudah sepi, sudah sunyi. Di mana kalian? Aku semakin takut jika aku adalah mangsa seterusnya. Aku melarikan diri. Ingin lari jauh dari situ. Semakin laju aku lari, semakin terasa seseorang mengekoriku. Bila ku toleh, hanya angin menghiasi cahaya malam. Tidak dapat di bayangkan jika aku berada di tempat wanita tadi. Bagaimana? Mungkin tidak bernyawa. Tangisan menjadi-jadi. Teresak-esak aku menahan pedih. Pedih kerana kaum aku dengan mudah di perkosa dan di bunuh begitu sahaja. Adakah dia di bunuh? Lebih baik mati dari di perkosa.

“Sayang, kenapa menangis ni?” Aku membuka mata. Sekaligus semuanya berubah. Ibu? Cepatnya malam bertukar siang? Aku terbaring di atas katil. Di mana?

“Ibu, apa dah jadi?”

“Umai jatuh tadi, dalam bilik air. Ibu terlupa nak pesan yang bilik air atas tak boleh guna, ibu tengah cuci.”

“Terjatuh? Kawan-kawan Umai mana?”

“Tadi Georgia telefon, tapi ibu kata Umai tak boleh pergi sebab masih tak sedarkan diri. Ibu dah beritahu mereka dan mereka akan datang melawat Umai esok. Mereka minta maaf kerana pergi tanpa Umai. Mereka harap Umai cepat sembuh.” Bibir ibu terukir senyuman. Aku masih lagi tidak faham. Apa yang terjadi.
Aku bangun dari pembaringan. Aku di hospital rupanya. Bau ubatan amatlah meloyakan dan sesungguhnya aku tidak gemar langsung berada di hospital atau tempat-tempat perubatan. Di birai katil aku menangis. Aku masih terkenangkan kisah perempuan tadi. Apakah ianya sekadar mimpi?

“Sayang, tadi Umai menangis. Sekarang pun menangis. Kenapa ya?” Ibu jarinya cuba mengesat lelehan di pipi.

“Ibu, Umai mengalami mimpi yang pelik. Umai sangkakan ianya bukan sekadar mimpi. Tampak benar-benar seperti kehidupan realiti. Umai sangat takut, Umai takut jika benda ni akan berlaku pada Umai. Umai tak sangka rupanya Umai adalah penonton, dan mereka adalah pelakon.” Aku terus menceritakan kejadian yang berlaku. Ibu hanya mengangguk dan khusyuk mendengar setiap butir bicara aku. Ibu tersenyum. Hairan juga, senyuman jenis apa aku kurang pasti. Tapi sangat manis. Seperti sudah tahu jalan ceritanya.

“Bertenang ya sayang. Ibu belum menunaikan solat lagi. Nanti ibu datang semula, okey?” Aku mengangguk. Ibu bangkit dari kerusinya dan menghulurkan majalah Voices padaku. Katanya bacalah jika boring. Jangan bazirkan air mata tu sangat, bazirkan untuk sesuatu yang bermanfaat. Aku cuma tersenyum.

Majalah Voices adalah majalah yang di keluarkan oleh Islamic Society di seluruh UK. Aku membelek-belek majalah tersebut. Bosannya. Aku kurang berminat membaca bahan-bahan Islamiah ini. Namun begitu, tiba di muka surat terakhir, mataku tertancap pada tajuk hangat cerita benar dari seorang gadis yang berbunyi, ‘God protected me.’ Ingin juga aku tahu bagaimana yang di maksudkan dengan Tuhan melindunginya itu.
Cerita yang mengambil masa 10 minit untuk di habiskan membuatkan aku terkedu. Langsung bungkam membalut diri. Aku menangis lagi. Aku menangis! Aku meraung semahunya. Seperti orang histeria aku menjerit-jerit seorang diri. Seorang jururawat hadir kepadaku dan bertanya kenapa. Aku terus menangis sekuatnya. Aku tidak tahu bagaimana ingin respon pada kisah gadis itu. Kisah yang aku juga turut alami dalam mimpi. Kisah yang terjadi depan mata aku. Kisah yang aku pernah tonton dan saksikan. Bagaimana ingin aku terima hakikat bahawa aku berada di tempat kejadian.

“Saya meminta kebenaran daripada ketua penjara untuk menemui pemuda itu. Saya perlu merayu kerana kami tidak langsung punya ikatan darah. Selepas dua hari, rayuan saya di terima. Saya bertemu dengan pemuda itu. Saya bersoal jawab dengannya.

“Saya juga melalui jalan yang sama dengan mangsa. Saya terlebih dahulu di sana. Mengapa kamu tidak mengapa-apakan saya?” Dia hanya menundukkan kepalanya.

“Saya memang berniat begitu. Saya sudah memasang taktik untuk menganiaya wanita muslim seperti kamu. Saya ingin lihat keindahan wanita muslim di sebalik pakaian longgar yang mereka sembunyikan itu. Tetapi, tatkala saya cuba menunaikan hajat, langkah saya mati. Saya batalkan niat dan bersembunyi di sebalik pohon berhampiran. Saya tidak berani.”

“Mengapa begitu? Bukankah saya hanya seorang wanita, sama seperti yang lain?”

“Benar, tetapi kamu juga mempunyai dua orang pembantu peribadi di kiri dan kanan. Saya nampak dengan mata saya. Bayang-bayangnya sangat besar. Mereka berada di kiri dan kanan kamu, tetapi seolah-olah mereka berada di sekeliling kamu. Saya tidak berani mendekati kamu kerana sangkakan mereka pasti orang-orang yang gagah.”

“Benarkah?”

“Ya, saya tidak tipu. Pada mulanya saya perasaan kamu berseorangan. Tetapi sekelip mata saja kamu sudah bertiga.”

“Bagaimana dengan mangsa?”

“Mangsa hanyalah berseorangan. Pakaiannya sedap. Memang kerja saya begini, mencari mangsa untuk puaskan nafsu. Tidak kira yang berpakaian elok, atau tidak. Asalkan mereka adalah wanita.”

“Yang sopan dan baik pekertinya juga kamu kerjakan?”

“Ya. Saya seronok melihat pakaian wanita sendat dan padat. Dari situ nafsu saya memuncak. Bila nafsu naik, saya akan cari mangsa bersesuaian dengan tempat. Tidak kira yang baik atau tidak baik. Asalkan saya dapat pada ketika itu juga.”

“Terima kasih kerana sudi bertemu dengan saya.”

“Kamu sungguh bertuah. Agama kamu sarankan menutup aurat, dan kamu laksanakan. Jika semua wanita di dunia ini melaksanakan benda yang sama, nescaya kerja saya lebih baik dari ini.” Saya hanya tersenyum dan bersyukur kerana dia sedar. Saya bertuah kerana di lahirkan di dalam Islam. Allah telah melindungi saya dengan menurunkan malaikatnya untuk melindungi saya. Syukur ke hadrat Ilahi”

Rupanya ibu pernah mendengar ceritaku. Dia sudah membacanya di dalam majalah Voices. Kini segalanya terjawab. Segala kecelaruan membuatkan aku bertambah gusar dengan hidup ini. Jiwaku meronta kerana tidak percaya Tuhan rencanakan perjalanan hidup sebegini rupa ke atasku.Aku menangis kerana insaf dengan sikap leka aku. Aku adalah mangsa yang tidak tahu menghargai agama sendiri. Aku tidak pernah berpakaian seperti yang Allah jelaskan di dalam kitab-Nya. Bermakna aku juga adalah penyebab mengapa lelaki seperti pemuda itu berjuntai-juntai nafsunya di dalam diri.

5 bulan berlalu.

“You do look nice with Jilbab.”

“Oh, thank you.”

“Don’t worry, we still be friend. Friendship is not about cloth, isn’t it?”

“I agree.”

“Maybe we should try wearing it sometimes. It would be nice.”

“You reckon? I would love too.”

“You guys rock. Thanks.”

Ilusi itu yang mengajarku. Tanggapanku bahawa rakan-rakan tidak bisa menerima cara pemakaian adalah silap. Di mana bumi di pijak, di situ Islam di junjung.

No comments:

 

Blogger news

Blogroll