Pages

Labels

Wednesday, April 26, 2006

Belajar Dunia dan Akhirat

Kalau aku sambung belajar, memang gempak.

Apesal? Kau taknak sambung?

Bukan, malas je.

Ler, penat je belajar pandai-pandai stop takat tu je.

Kalau tak belajar pun aku boleh jadi pandai. Tak payah amik exam pun aku boleh sedut ilmu. Duit tak keluar. Lelah tak pekat. Susah-susah je.

Orang asli betul. Dah ada bandaraya masih nak duduk dalam hutan.

Haha. Pandai.

Kalau result ok? Masih nak stop?

Tengok dulu.

Belum apa-apa dah putus asa?

Bukan. Memanglah orang nak belajar, tuntut ilmu kifayah. Kalau tak belajar sains, mana nak pandai bikin Islam maju? Kalau tak belajar business, mana mau buat duit tolong umat Muhammad? Kalau tak belajar matematik, harga barang 5 ringgit, dia bagi 2 ringgit tapi kata 5 ringgit, bodoh tak bodoh aku angguk. Memang bodoh.

Tahupun.

Tapi, aku tanya kau balik kenapa mesti kau amik exam?

Penilaian besar hasil dari pembelajaran yang kau belajar dan dapat.

Lepastu?

Cari kerja, cari makan, kahwin, bina rumah tangga yang bahagia.

Hurmm.. and?

Mati.

Exam akhirat camna?

Maksud kau?

Kalau di dunia kita ada exam macam-macam untuk menilai apa yang kita dah belajar, takkanlah kat akhirat yang pasti kemodenannya lagi dahsyat dari dunia ni tak ada exam kot? Siap oral lagi.

Hurmm.. maksudnya kau nak belajar untuk exam di akhirat?

Wajib, tapi alasan aku belum cukup kukuh untuk tolak yang aku tak perlu belajar ilmu kifayah.

Pelik.

Bukan taknak. Bukan nak ketepikan. Tapi, aku nak belajar sesuatu yang boleh menusuk dalam jiwa. Sains sosial? Otak dan hati, tapi tak sampai ke jiwa.

Hurmm..

Aku ada target dalam hidup. Ayah aku kata, target tu takkan capai kalau aku terlepas sijil dari universiti. Kau rasa ayah aku betul ke salah?

Maybe. Bukan senang sekarang ni.

Okey. Kalau aku buktikan yang ayah aku salah, bagaimana?

Sudahlah. Jangan angankan benda yang tak pasti.

Kejayaan pun sesuatu yang tak pasti. Tapi kau ada keyakinan dan itu yang memastikan kau.
Tuhan kata, kun fayakun. Seimbangkan dan kau akan berjaya.

Syukran.

No comments:

 

Blogger news

Blogroll