Pages

Labels

Sunday, June 18, 2006

Lumrah Kawan




Kadang
Persahabatan itu menyakitkan
Kerana cemburu, kerana sayang
Kadang
Persahabatan itu berdugaan
Sangat hebat, di uji sehingga sakit
Luar dan dalam
Terasa Maha Kuasa menojah lembing
Memberi peringatan, tidak lupa
Persahabatan atas nama Allah
Di redhai dan di berkati

Jika pedih, ubatkan dengan istighfar
Tuhan Maha Mendengar hati kita
Jika luka, balutkan dengan zikrullah
Tidak perlu doktor
Allah Maha Mengubati segala yang sakit
Jika parut, biarkan ia berteduh disitu
Ianya tanda kesabaran
Yang menumpang untuk di uji
Tahap keimanan yang semakin layu di simbah nafsu

Sahabat
Katalah sesuatu, dengan hikmah
Sentuhkan kasih, dengan senyum
Bisikkan rindu, dengan salam
Leraikan benci, dengan dakapan
Terima kasih
Kerana pernah menyayangi
Dan meminjamkan hati itu
Untuk di sayangi.

Kay
13/05/06
Loughborough, UK

No comments:

 

Blogger news

Blogroll