
Sorak mengorak berarak
Dunia kini meratap hiba
Kemenangan kekalahan tersiaga
Semua terpaku merawang
Masa tak hirau malam ke petang
Mari bersorak mari melalak
Mata menyaksikan tarungan
11 pemain merebut tendangan
Sebiji bola menjadi kejaran
Ke kiri bahkan ke kanan
Kejar! Kejar wahai kawan!
Allahu Akbar Allahu Akbar!
Mendayu panggilan di luar
Sebentar sebentar bisik hati
Beckam sedang hebat beraksi
Nanti nanti lagi
Tendangan hebat sang Rooney
Bagaimana boleh seri?
Sia-sia mencebik dada
Merana tercicir solatnya bersama
3 pagi bersengkang mata
Sabar sabar sebentar bermula
Terpacak merasuk TV
Qiamullail tertinggal
Bukan sengaja, world cup lebih utama
Bergetar iman menolak alasan
Kerana sebiji bola..
Kay
Loughborough, UK




1 comment:
Kerana sebiji oren..
Owh, sedapnya sebiji oren sambil sambil-sambil ditemani cawan bola.
Post a Comment