Dia bertatih mencari ibu
Merangkak molek di tepi penjuru
Segan berlabuh di tebing Gaza
Merisik rindu tak bertepi
yang hilang di lumat hancur
dek kuku singa tunggangan Israel
Dia sujud melabuhkan abdi
Jiwa di lontar jauh ke Ilahi
Mengharap nikmat seindah firdausi
Mencongak usia di telan hari
Dia menggendong bebatu kecil
Takbir di laungkan segema guruh
Mengira zikir sedalam nafas hirupan
Memerah tenaga di lontar serangan
Tak kena tak apa
Dia terus berusaha melawan laknatullah itu
'Berambus dari tanah kami'
Biar darah tuaian yang di semai
Hasilnya syahid yang diidamkan
Allahu Akbar!
Rebah menyembah bumi
Kebah
Nada sekat melekap kerongkong
Anugerahkan dia sekuntum senyuman
Kain bertuka merah, harum mewangi
Akulah mujahid itu
Bermatian demi Islam
Demi Allah, pengkhianat akan tewas
Hadiahkan aku Fatihah
Malap
Duniaku tiada harmoni
Tidak pernah aku kecapi
Bahagiakan aku dengan memberi
Kedudukan Islam di pertiwi

kay@11.50 am




2 comments:
Teruskan menulis walaupun tiada siapa melihat ya..
insyaallah.. terima kaseh kerana melawat..
Post a Comment