Pages

Labels

Wednesday, May 10, 2006

Biarkan Saja












Di bawah timbunan bebatu
Kerak-kerak menjemput jasad
Bergelimpang darah merah
Menyalut tiap batan yang singgah
Kecai daging itu
Mencarik hati, mengetap benci
Tanpa kasihan menjaja
Tanpa belasan merona
Hanya benci mencantas pepuntung Iraq.

Musafir itu, terus mendayung mara
Walau di kejar nuklear Israel
Jangan di toleh wajah itu, majulah
Tunaikan yang haq, tinggalkan yang batil
Moga syahid menyimbah jasad itu
Berikan roh kedamaian di syurga kelak
Tak perlu sesal,
kerana dunia tak bisa kekal selamanya.

Biarkan saja mereka
Doakan kemenangan bercanda
Dalam jangka yang singkat
Kerna janji itu, pasti mencuri mimpi
Yang di angankan
Yang di igaukan
Tadahkan doa pengharapan.

Kay @ 4.50 pm

4 comments:

PenutupOren said...

wah, susunan ritmanya indah. Ada bakat ni.

Kay J said...

tq.. biasa-biasa je =D sajak sdr juga menarik..

Korakora said...

"doakan kemenangan bercanda"?

bercanda bukan bermakna bergurau-senda?

Kay J said...

bukan bersuka-ria ke?
hurmm.. silap kot (saya)

 

Blogger news

Blogroll